PENGUMUMAN KENAIKAN HARGA MINYAK DIBUAT OLEH PDAM, BUKANNYA KERAJAAN

Sejak 1 Disember 2014, Malaysia telah menyertai negara lain di dunia dengan melaksanakan sistem apungan terkawal bagi menentukan kenaikan atau penurunan harga petrol.

Jadi adalah tidak masuk akal apabila pemimpin pembangkang menyalahkan kerajaan apabila harga petrol meningkat kerana harga bahan bakar itu ditentukan mengikut pasaran global.

Pembangkang menjadikan kenaikan harga minyak ini sebagai satu `mainan’ dan peluang untuk memanipulasi rakyat kononnya jika rakyat memilih pembangkang, harga petrol tidak akan naik.

Di Malaysia, penurunan atau kenaikan harga petrol akan diumumkan oleh Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) dan ia bukannya sesuatu yang menghairankan pun kerana pengumuman itu dibuat berdasarkan kepada pengiraan mereka.

PDAM akan menentukan bila harga sepatutnya naik atau turun dan persatuan itu juga akan memaklumkan kepada pengusaha stesen minyak di negara ini mengenai sebarang perubahan harga.

Semua rakyat boleh melihat bagaimana cara pengiraan itu berasaskan kepada sistem harga Singapore Means of Platts, MOPS. Bukan berdasar kepada harga minyak mentah dunia.

Jadi percayakan anda dengan putar belit pembangkang itu? Mereka mengaitkan dengan kenaikan harga barang tetapi semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad memerintah Malaysia selama 22 tahun, adakah harga barang turun?

Samalah jika Lim Kit Siang atau Anwar Ibrahim hatta Datuk Seri Abdul Hadi Awang memerintah Malaysia sekalipun, memang mereka tidak akan dapat menurunkan harga barang.

Harga barang turun bila negeri Selangor dan Penang ditadbir oleh pembangkang? Tidak juga. Tol 50 sen pun tidak dimansuh, malah 20 sen duit rakyat lagi diminta untuk beg plastik.

Jadi janganlah terlalu mengharap akan berlaku `
“magic” jika mereka ini memerintah Malaysia. Cakap dan berjanji bukan main, bila berkuasa entah entah lebih teruk lagi.

Dah lupa ugutan Tony Pua dan DAP hendak buang sejuta kakitangan awam jika memerintah Putrajaya?

Mungkin pembangkang akan mengulangi janji-janji manis yang pernah dimainkan oleh Anwar Ibrahim sebelum ini iaitu akan menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam jika pembangkang merampas Putrajaya?

Almaklumlah dalam keadaan sekarang di mana serangan demi serangan yang dimainkan sudah `ditumpulkan’ oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, jadi mungkin janji manis berkenaan akan dikitar semula.

Dan apabila kita bercakap mengenai pembangkang juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu, pernah membidas pembangkang yang hanya tahu mengeksploitasi soal kenaikan harga minyak dan barangan di pasaran sedangkan mereka sendiri tidak tahu mekanisme terbaik untuk mengatasi masalah itu.

Dalam ucapannya di persidangan perwakilan Umno Bahagian Kemaman pada 21 Mei 2011, Muhyiddin pernah berkata, pembangkang tidak terbeban dengan tanggungjawab untuk menangani masalah berkenaan, kerana itu mereka hanya bijak untuk menyalahkan kerajaan dalam soal tersebut.

“Kenaikan harga minyak, harga barang, harga gas atau elektrik ke, ini kenyataan yang harus diterima yang berlaku di mana-mana negara di dunia apabila kos meningkat,” katanya ketika itu.

Mungkin disebabkan Muhyiddin memahami mengenai rasional kenaikan harga minyak ini, maka beliau tidak banyak bercakap mengenainya walaupun sudah berada di kem pembangkang.

Hanya beberapa pemimpin pembangkang yang tidak faham akan membuat tuduhan melulu.

Tidak perlu tunggu jadi kerajaan di Putrajaya pun geng parti bunga dah boleh turunkan harga minyak. Stesyen minyak Petron adalah milik anak Mahathir, Pengerusi Parti bunga.

Turunkanlah RON95 itu jadi RM1.00, mahukah begitu? Ramai rakyat tidak tahu minyak paling mahal hanya dijual di stesyen minyak milik anak Mahathir.

Satu liter RM3.05. Tidak percaya cuba pergi Petron. Siapa yang tentukan harga RM3.05 itu? Tanya Mahathir lah.

20170202-jenama-petrol

Kategori:

MENARIK

BERKAITAN

TERKINI

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...