DUA EXCO SELANGOR AKUI CAJ PLASTIK 20 SEN BEBANKAN RAKYAT

Muka Azmin seolah ditampar bila dua orang pemimpin kanan dalam Kerajaan Negeri Selangor akhirnya mengaku bahawa pelaksanaan caj 20 sen untuk penggunaan beg plastik membebankan rakyat. Mereka berdua mahu perlaksanaan caj plastik 20 sen itu dikaji semula.

16 Januari 2017, Azmin Ali mengakui pada media bahawa kempen beg plastik 20 sen mendapat sambutan positif di kalangan rakyat Selangor. Macam mana hendak positif kalau ada dua orang exco sudah kata kempen itu bebankan rakyat?

Apakah metodologi kajian yang telah dibuat oleh Elizabeth Wong? Kajian bagi menyedapkan hati dan syok sendiri?

Dua orang yang kata kempen beg plastik bebankan rakyat itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Negeri, Amirudin Shari dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan serta Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Bagi Amirudin, beliau mengaku ada banyak ruang yang mesti diperbaiki agar kempen itu tidak terus dikritik dan didakwa membebankan rakyat.

Amirudin turut menegur Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Elizabeth Wong supaya kaji segera langkah mengenakan caj itu.

“Saya harap pelaksanaan caj ini dapat dilihat semula oleh Elizabeth dengan mengkaji pelaksanaan kempen pengurangan beg plastik di negara-negara lain atau negeri-negeri yang melaksanakan larangan penggunaan beg plastik seperti di Melaka,” katanya ketika dalam laporan Utusan Malaysia, pada 1 Februari 2017.

Selepas langkah itu dimulakan sejak 1 Januari 2017, rakyat negeri Selangor terus mengkritik dasar Kerajaan Negeri dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana disifatkan tidak peka, selain membebankan rakyat.

Elizabeth Wong dikatakan menolak cadangan dari golongan pengguna supaya diperkenalkan beg kertas mesra alam. Kenapa tolak? Sebab hendak “halalkan” caj 20 sen?

Menyentuh isu yang sama, Amirudin turut mengingatkan Elizabeth supaya memastikan peniaga benar-benar menyalurkan dana hasil kutipan caj 20 sen ke program pemuliharaan alam sekitar di Selangor.

“Kerajaan negeri memang tidak pegang duit (kutipan 20 sen). Namun, kita mesti ada satu cara yang terbaik bagi memastikan para peniaga menjalankan tanggungjawab sosial mereka untuk pemuliharaan akan sekitar untuk rakyat Selangor.

“Mungkin Exco bertanggungjawab boleh melihat contoh syarikat pengendali kedai serbaneka, 99 Speedmart, semasa pelaksanaan kempen larangan penggunaan beg plastik setiap Sabtu sebelum ini, apabila mereka menyalurkan setiap kutipan caj 20 sen kepada MPK (Majlis Perbandaran Klang) untuk projek pemuliharaan Sungai Klang,” kata Amirudin.

Menurut Ahmad Yunus pula, caj 20 sen yang dikenakan memang membebankan rakyat yang juga pengguna.

Tegasnya, kutipan caj itu walaupun bertujuan mengurangkan penggunaan beg plastik dalam kalangan rakyat, namun sebenarnya dalam keadaan tertentu masih diperlukan (beg plastik) oleh para pengguna.

“Bukan isu kempen yang menjadi soal, tetapi rungutan yang dibangkitkan rakyat ialah tentang caj 20 sen yang dikenakan kepada mereka. Malah, beg plastik masih digunakan di pasar raya tertentu ekoran permintaan pengguna.

“Memang kita lihat jumlah 20 sen itu kecil, tetapi ia tetap satu perkara yang membebankan rakyat. Sebab itu di peringkat kerajaan negeri kita sedang melihat apa alternatif terbaik,” katanya.

20 sen dalam isu kenaikan minyak bukan main lagi rakyat marah. Dalam isu caj plastik 20 sen, ramai penyokong pembangkang buat diam seolah olah 20 sen itu hanyalah satu nilai kecil sahaja.

Nilai yang sama juga. Malah lebih kerap guna plastik 20 sen selain isi minyak. Betulkah harga plastik itu sampai 20 sen atau hanya 2 sen sahaja?

Kenapa hanya Elizabeth Wong sahaja yang bermatian mempertahankan kempen ini sedangkan sudah ada dua Exco yang tidak bersetuju?

Ada udang di sebalik plastik? Untung 18 sen plastik ini masuk poket siapa?

201770202-azmin-beg-plastik

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...