UtamaPOLITIKMahathir: Takkan Mahu Saya...

Mahathir: Takkan Mahu Saya Cium Kaki Pemimpin PAS - pakdin.my

Barisan Nasional mungkin akan memenangi pilihan raya umum akan datang jika PAS enggan menyertai Pakatan Harapan dan meletakkan calonnya dalam pertandingan tiga penjuru, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad.

20170214-mahathir-cium-kaki-pas

—————-
Mahathir: Takkan Mahu Saya Cium Kaki Pemimpin PAS

Tempoh sebulan yang diberikan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada PAS untuk membuat keputusan sama ada bersama pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang adalah mencukupi, kata pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami telah cuba untuk menyelesaikan (kebuntuan) ini. Kami amat bersabar. Kami tidak berkata apa-apa yang buruk tentang PAS. Kami telah melakukan segala yang mungkin.

“Apa lagi boleh kita lakukan. Saya tidak mahu merangkak dan mencium kaki pemimpin PAS. Cukuplah,” kata Mahathir kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

“Kami akan tetap memberi mereka sebulan, walaupun mereka berkata satu bulan tidak perlu. Kami adalah orang yang sangat bermurah hati.”

Mahathir memberikan tempoh kata-dua itu, bermula 11 Februari lalu, walaupun rundingan antara antara BERSATU dan PAS sepatutnya berterusan.

Mesyuarat pertama antara kepimpinan kedua-dua parti diadakan pada 1 Februari lalu.

Berikutan kata-dua itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya tidak akan bekerjasama dengan BERSATU selagi mereka bersama dengan DAP dan parti serpihannya, AMANAH.

Mengulas perkembangan itu, Mahathir berkata beliau menjangkakan PAS akan mencatatkan prestasi lebih buruk pada pilihan raya umum akan datang jika enggan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik.

Ini kerana, katanya, tidak ada parti, walaupun Umno boleh berdiri bersendirian tanpa kerjasama dengan parti-parti politik lain.

“(Oleh itu), terpulang kepada PAS untuk melihat jika mereka mahu kalah lebih besar atau tidak.

“Di peringkat persekutuan, mereka tidak pernah berjaya memenangi satu perempat kerusi parlimen,” kata beliau pada sidang media hari ini di Putrajaya .

Beliau berkata BERSATU tidak mampu tidak bekerjasama dengan DAP memandangkan parti itu kini memegang 36 kerusi di Dewan Rakyat manakala PAS mempunyai kurang daripada dua puluh.

Mahathir turut mengakui sekiranya PAS terus kekal dengan pakatannya sendiri dan menyatakan kesediaan untuk menghadapi persaingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang, ia seolah-oleh menunjukkan parti itu memihak kepada BN.

“Mana-mana parti pun, kalau bertanding mewujudkan tiga penjuru, niatnya adalah untuk menyokong BN,” katanya.

Pada sidang akhbar itu, Dr Mahathir juga memaklumkan bahawa presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin gagal untuk mendapatkan temu janji untuk berbincang dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Muhyiddin, yang hadir pada sidang akhbar itu, berkata BERSATU tidak lagi akan mendesak untuk perjumpaan dengan Hadi.

“Kita telah berjumpa selama beberapa bulan, saya fikir beliau (Hadi) mengetahui tentang itu.

“Tidak ada keperluan untuk memohon lagi (perjumpaan dengan Hadi), terpulang kepada dia jika dia sudah bersedia untuk berjumpa kami,” kata Muhyiddin.

Awal hari ini, BERSATU mengeluarkan 128 watikah pelantikan kepada ketua bahagian protem yang baru dipilih di Putrajaya hari ini.

Mahathir sendiri dipilih untuk memimpin bahagian Langkawi manakala Muhyiddin adalah ketua bahagian Pagoh.

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerajui bahagian Jerlun manakala setiausaha agung parti itu, Datuk Shahruddin Salleh di bahagian Muar.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah...

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan...