Mangsa Kerat 15 – Alat Pembunuhan Ditemui - pakdin.my

Wanita mangsa kerat

Petunjuk demi petunjuk mula diperolehi polis bagi merungkai pembunuhan kejam seorang wanita yang anggota badannya dikerat kepada 15 bahagian.

Terbaru, sejenis alat yang dipercayai digunakan untuk pembunuhan itu ditemui.

SAC MOHD ADNAN ABDULLAH / KETUA JSJ SELANGOR
Kita tak jumpa senjata tapi jumpa satu alat yang kita percaya mungkin juga digunakan kita syak mungkin peralatan, alat-alat senjata untuk tujuan tersebut.

Tambah SAC Mohd Adnan, jumlah tangkapan setakat ini lapan orang.

Suspek terbaru ditangkap di sebuah hotel di Jalan Ampang, jam 2.20 pagi tadi.

Semua suspek berusia antara 26 hingga 38 tahun, kini direman sehingga 13 Ogos depan untuk membantu siasatan.

Jelas beliau lagi, pemilik unit pangsapuri berkenaan juga telah dirakam keterangannya.

Siasatan setakat ini menunjukkan pemilik itu tiada kaitan dengan pembunuhan yang berlaku.

Semakan masih dilakukan untuk mengenal pasti identiti wanita warga asing dan juga kanak-kanak berusia lima tahun itu.

Dalam kejadian Rabu lalu, bau busuk dari sebuah unit pangsapuri di Taman Kosas, Ampang, rupanya tersorok dua mayat yang dibunuh dengan kejam.

Mayat wanita dikerat kepada 15 bahagian dan disorok atas siling pangsapuri.

Manakala organ dalaman mangsa dibuang dalam mangkuk tandas.

Mayat kanak-kanak lelaki pula disumbat dalam beg plastik.

UTAMABERITAMangsa Kerat 15 - Alat Pembunuhan Ditemui

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium