Krisis Kepimpinan DAP: 4 Melaka 40 Sabah – Ahli DAP Bertindak Keluar Parti - pakdin.my

Seramai 40 ahli DAP meninggalkan parti itu secara beramai-ramai untuk menyertai komponen Barisan Nasional (BN) iaitu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dalam satu majlis di Kampung Tuawon, Sook, Keningau, baru-baru ini.

Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup.

Bekas ahli DAP yang diketuai Dirim Jaikul berkata mereka telah hilang keyakinan terhadap DAP setelah menganggotai parti itu beberapa tahun yang lalu.

“Kami kecewa dengan DAP yang hanya memperalatkan kami untuk kepentingan politik mereka. DAP mengamalkan politik kebencian, pembohongan dan fitnah. Mereka memanipulasi maklumat untuk memburukkan pemimpin kami untuk cita-cita politik mereka.

“Mereka tidak mendekati masalah kami secara profesional, tetapi mencari kelemahan orang lain pula dan kami kecewa dengan cara mereka melayan kami anak negeri di Sabah, seolah-olah kami adalah kelas kedua untuk diperalatkan demi kepentingan politik mereka.

“Sebagai contoh, baru-baru ini DAP menggunakan kami untuk berbohong kepada seluruh negara bahawa selama ini kawasan kami belum ada bekalan elektrik tapi sebenarnya kawasan kami sudah menikmati elektrik,” katanya kepada pihak media dalam satu kenyataan pada Rabu lalu.

Dirim turut berkata, mereka sudah lama menilai khidmat bakti dan cara politik BN yang dipimpin Datuk Seri Panglima Najib Razak dan terbukti ia sebuah perjuangan yang ikhlas dan mampu membantu rakyat.

Tambahnya lagi, pembangunan yang dinikmati di kawasan mereka ini adalah daripada usaha PBRS dan BN secara keseluruhannya. Sedangkan, parti lama mereka yakni DAP tidak pula melakukan apa-apa khidmat melainkan hanya memperalatkan para ahlinya sahaja.

Beliau juga berkata mereka tidak senang apabila pemimpin DAP Sabah seringkali memerlukan arahan daripada pemimpin DAP pusat di Semenanjung terlebih dahulu, termasuklah dalam kelulusan dan sebagainya.

“Malah pejabat DAP di Sook pun dirasmikan oleh pemimpin dari Semenanjung. Semua program DAP sentiasa dirasmikan oleh orang dari Semenanjung. Kami mahu pemimpin tempatan dan kami mahu parti tempatan untuk mewakili kami,” katanya jelas.

PBRS kini mempunyai 125 cawangan dengan menghampiri 13,000 ahli berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook.

20170217-40-keluar-dap-sabah

UTAMAPOLITIKKrisis Kepimpinan DAP: 4 Melaka 40 Sabah - Ahli DAP Bertindak Keluar...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium