Dividen KWSP 5.7% Lebih Baik Berbanding Prestasi Selepas Krisis Matawang Zaman Mahathir - pakdin.my

20170218-dividen-epf-2016

Sejak tahun 1998 akibat krisis ekonomi dan kekurangan pelaburan akibat ringgit ditambat, pulangan KWSP di bawah Mahathir dan Pak Lah sejak tahun 2000 adalah sederhana. Ditambah lagi ramai yang kehilangan pekerjaan.

4 tahun terakhir pemerintahan Mahathir dividen adalah sebanyak 6%, 5%, 4.25% dan 4.5%.

Sementara tempoh Pak Lah menyaksikan pulangan sebanyak 4.75%, 5%, 5,15%, 5.8% dan terakhir 4.5% pada tahun 2008.

Dalam tempoh dua tahun pertama selepas Najib mengambil alih, dividen adalah 5.65% dan 5.8% pada tahun 2009 dan 2010, Kemudian meningkat lebih 6% bagi tempoh 5 tahun berikutnya tetapi pada tahun 2017, ia menurun sedikit kepada 5.7%.

Walau bagaimanapun, ini tidak akan menghentikan PakaTun untuk melemparkan tuduhan-tuduhan dan menyebarkan propaganda kononnya KWSP sedang mengalami masalah atau korup kerana majoriti rakyat Malaysia tidak akan tahu konteks sejarah atau pelaksanaan dana pencen serantau yang sama.

———–
Kita perhatikan CPF Singapura.

Kadar dividen CPF Singapura, yang mereka panggil kadar faedah, dikira setiap 3 bulan.

Sepanjang tahun lepas, pulangan sebenar CPF dari pelaburannya untuk akaun biasa mereka untuk setiap satu daripada empat suku adalah di bawah kadar minimum yang digubal sebanyak 2.5% dan kerajaan mereka terpaksa menokok kadar sebenar menjadi kadar minimun 2.5%.

Bagi tahun 2016, pulangan CPF untuk akaun biasa mereka adalah:
Q1 – 0.21%.
Q2 – 0.23%
Q3 – 0.24%
Q4 – 0.24%

Akibat dilanda dengan pertumbuhan yang perlahan, prestasi pasaran saham yang lemah dan faedah 1% yang sangat rendah ke atas bon Kerajaan pada 2016, pulangan pelaburan oleh CPF adalah di bawah 2.5%. Oleh itu Kerajaan Singapura terpaksa menambah menjadikannya kepada kadar minima 2.5%.

Kerajaan Singapura juga memberi 1% faedah tambahan yang dibayar hanya kepada caruman $60,000 PERTAMA baki pencaruman ahli yang disatukan – sama seperti Tabung Haji memberikan bonus untuk jumlah yang terhad daripada simpanan.

Jadi, kadar dividen CPF bagi 2016 pada dasarnya 2.5% + 1% bonus – jauh lebih rendah daripada 5.7% bagi KWSP.

Terdapat juga pelbagai bonus kecil untuk persaraan mereka dan akaun Medisave.

Tidak seperti Malaysia di mana hospital kerajaan memberikan subsidi dan kita membayar sebahagian kecil daripada kos sebenar, Kerajaan Singapura mengenakan caj lebih tinggi dan rakyat diharapkan untuk menggunakan akaun Medisave CPF untuk membayar untuk itu.

Memandangkan prestasi jiran kita, sejarah dividen yang lalu sejak tahun 2000, pertumbuhan perlahan di Malaysia tahun lepas dan hakikat bahawa KWSP sekarang adalah lebih besar dalam saiz melebihi RM700b, 5.7% adalah satu pencapaian yang kebanyakan penganalisis telah memberikan pujian terhadap EFP .

UTAMAEKONOMIDividen KWSP 5.7% Lebih Baik Berbanding Prestasi Selepas Krisis Matawang Zaman Mahathir

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium