Kedudukan Aset Bersih Malaysia RM81.2 Bilion - pakdin.my

Pelaburan antarabangsa bersih Malaysia pada akhir Disember 2016 mencatat kedudukan aset bersih sebanyak RM81.2 bilion berbanding RM26.5 bilion pada suku ketiga 2016.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Jabatan Perangkaan berkata pada akhir Disember 2016, stok pelaburan langsung di luar negeri (DIA) merekodkan RM569.4 bilion berbanding RM539.8 bilion pada suku ketiga 2016 manakala stok pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia mencatat RM545.6 bilion berbanding RM525.5 bilion pada suku ketiga 2016.

Jumlah kedudukan aset kewangan berkembang kepada RM1.73 trilion manakala jumlah liabiliti mencatat RM1.65 trilion.

Pada akhir suku keempat 2016, pelaburan portfolio menunjukkan kedudukan liabiliti bersih sebanyak RM301.0 bilion daripada kedudukan liabiliti bersih RM338.1 bilion dicatatkan pada suku sebelumnya.

Sementara itu, pelaburan lain pada akhir suku keempat 2016 merekodkan kedudukan liabiliti bersih RM69.2 bilion.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia pada 31 Disember 2016 berjumlah RM424.1 bilion berbanding RM404.9 bilion pada suku ketiga 2016.

20170224-pelaburan-antarabangsa

Rujukan:
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=87&bul_id=bjFMYU9zaVIvNkpYOWZSWWlMalpXdz09&menu_id=azJjRWpYL0VBYU90TVhpclByWjdMQT09

UTAMAEKONOMIKedudukan Aset Bersih Malaysia RM81.2 Bilion

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium