Teresa Kok Pembohong: Akhirnya Mengaku Terima Dana YAWAS - pakdin.my

Tidak sampai 24 jam Teresa Kok menafikan ada menerima dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), hari ini Ahli Parlimen DAP Seputeh itu mengakui bahawa beliau sebenarnya menerima peruntukan tersebut.

Jelas Teresa yang juga ADUN Kinrara, setiap ADUN di Selangor menerima kad ATM sejak zaman Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor dan ia bukan perkara baharu untuk didedahkan.

“Tentulah semua adun di bawah program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) memang guna ATM kad yang diberi kepada kita, bukan saya sahaja semua ADUN yang ada di bawah program SMUE memang ada kad, sudah lama sejak zaman Tan Sri Khalid sampai sekarang,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunus yang mendakwa Teresa berbohong dan seorang wakil rakyat hipokrit kerana tidak mengaku telah menggunakan wang hampir RM2 juta sejak 2016 sehingga 24 Februari 2017.

Menurut Jamal, wang tersebut dikeluarkan melalui kad ATM Ambank atas nama Teresa sendiri.

“Teresa merupakan wakil rakyat pembohong, tak boleh dipercayai  dan seorang yang hipokrit. tuntutan dana yang perlu diberi pada setiap waris adalah sebanyak RM2500, tapi kebanyakan daripada mereka hanya baru terima RM1000 sahaja.

“Dia telah menggunakan dana YAWAS sebanyak RM2 juta yang dikeluarkan menggunakan kad ATM Ambank atas namanya sendiri,” kata Jamal.

Sebelum itu,  Teresa menafikan beliau salah seorang wakil rakyat di Kuala Lumpur yang menerima wang daripada dana YAWAS.

“Tidak ada, tidak ada. Saya wakil rakyat Kuala Lumpur, itu dana untuk wakil Selangor. Jadi tanya ahli parlimen Selangor,” kata Teresa sebelum ini.

Jelas Teresa, Jamal sebenarnya tidak tahu apa yang berlaku dan hanya cuba mencari masalah dengan kerajaan negeri sehingga membabitkan dirinya dalam hal ini.

“Jamal blur tak tahu apa berlaku, saja nak cari pasal dengan kerajaan negeri Selangor, heret masuk nama saya yang ahli parlimen KL dan masuk yang lain skali macam semua ini rasuah, kalau memang rasuah berlaku, ingat saya boleh berada di sini?” soalnya.

Rujukan:

Skandal Wang Bantuan Khairat Kematian Selangor: Khalid anggap pecah amanah

https://pakdin.my/skandal-wang-bantuan-khairat-kematian-selangor-khalid-anggap-pecah-amanah/

9 Ahli Parlimen Pakatan Harapan “Curi” RM10 Juta Duit Khairat Kematian

https://pakdin.my/9-ahli-parlimen-pakatan-harapan-curi-rm10-juta-duit-khairat-kematian/

——-

Jamal Dakwa Teresa Berbohong Dah Guna Dana YAWAS RM2j

Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunus mendakwa Teresa Kok berbohong apabila menyatakan tidak menerima langsung wang dari Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Ini kerana menurut Jamal, ahli parlimen DAP Seputeh itu telah menggunakan wang hampir RM2 juta sejak 2016 sehingga 24 Februari 2017.

Menurutnya, wang tersebut dikeluarkan melalui kad ATM Ambank atas nama Teresa sendiri.

“Teresa merupakan wakil rakyat pembohong, tak boleh dipercayai dan seorang yang hipokrit. Tuntutan dana yang perlu diberi pada setiap waris adalah sebanyak RM2500, tapi kebanyakan daripada mereka hanya baru terima RM1000 sahaja.

“Antaranya Chen Soon King, lahir pada 17/9/1938 berbangsa Cina dan beragama Krisitian. Ini baru seorang, ada 40 kes lagi yang masih belum diselesaikan,” dedahnya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Menurut Jamal lagi, pegawai yang bertanggungjawab menguruskan dana tersebut adalah Lum Suep Ling.

Jamal dalam masa yang sama turut berkata beliau bersedia untuk dikenakan sebarang tindakan oleh Teresa jika dia menganggap bahawa dakwaan yang dibuat ini tidak benar.

“Saya bersedia untuk disaman Teresa,” katanya ringkas.

Jamal sebelum ini mendesak Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin menjawab dakwaan transaksi YAWAS berjumlah RM200 juta yang disalurkan kepada ahli parlimen di Kuala Lumpur sedangkan ia wang rakyat di Selangor.

Antara MP tersebut adalah MP Cheras, Tan Kok Wai, MP Kepong Tan Seng Giaw, MP Batu Tian Chua, MP Wangsa Maju Tan Kee Kwong dan MP Segambut Lim Lip Eng.

Bagaimanapun, semalam Teresa menafikan yang dirinya tahu tentang sejumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya daripada agensi negeri Selangor itu.

Teresa ketika ditemui apabila ditanya mengenai pendedahan Jamal hanya menjawab ‘tidak ada’ menerima wang seperti didakwa kerana beliau adalah wakil rakyat Kuala Lumpur.

UTAMAPOLITIKTeresa Kok Pembohong: Akhirnya Mengaku Terima Dana YAWAS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium