Wakil Rakyat ‘Pakatan Rakyat’ Kenapa Berdiam Diri? - pakdin.my

Akhbar: Nanyang Siangpau
Ruangan: Opinion Yuanlun m/s A13
Tarkh: 6 Julai 2011 (Sabtu)
Tajuk: Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Kenapa Berdiam Diri?
Ditulis oleh: Chang Long Yen (penyelidik Institusi Multimedia Malaysia)

3hb Ogos lalu, beberapa wakil dari Ahli Parlimen Pakatan Rakyat adakan sidang akhbar, mengatakan seramai 1507 pemegang status penduduk tetap kad pengenalan merah dalam masa singkat telah mendapat kerakyatan, dalam suku ke dua tahun ini dan dalam masa yang singkat telah berdaftar menjadi pengundi. Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri Najib dalam masa 7 hari adakan mesyurarat Tergempar Dewan, mahu bahaskan kenapa penduduk tetap kini telah bertukar jadi pengundi yang sah.

Wakil-wakil Parlimen dari Pakatan Rakyat berkata, mereka mendapat maklumat berkaitan itu dimana pihak SPR telah menjalankan pendaftaran pengundi pada bulan April sehingga bulan Julai tahun ini, seramai 1597 penduduk tetap telah memohon sebagai pengundi, dalam negeri Selangor terdapat 1108 orang. Timbalan Presiden Pas merangkap ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Salahuddin berkata, jika Najib tidak ambil tindakan terhadap permintaan mereka. Mereka sudah tentu tidak akan lupa untuk memberitahu semua orang, mereka akan umumkan kepada semua orang siapa sebenarnya dalang yang tukar penduduk tetap menjadi pengundi dalam mesyuarat Tergempar Dewan itu nanti.

Selain dari itu yang tidak hadir di majlis sidang akhbar Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua Kiam Wee juga membuat kenyataan, beliau menyentuh tentang Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraidah menerima sepucuk surat dari UMNO Ulu Selangor kepada Menteri Dalam Negeri, dalam butir itu berkata ada 2000 pekerja asing yang akan mengundi BN sebagai syarat pertukaran mendapat kewarganegaraan.

Hanya Sebut Melalui Mulut Tiada Sebut Tentang Keputusan Sebenar

YB Tony Pua Kiam Wee tidak tahu sama ada butir-butir dari surat itu sudah menjadi kenyataan ataupun tidak, umpama untuk jadikan PRU akan datang PRU yang paling kotor dalam sejarah, dan itu semua sebagai bukti yang penting. Selain dari itu dalam beberapa bulan kebelakangan ini ada butiran dikatakan BN sedang memberi penduduk tetap mendaftar sebagai pengundi telah tersebar dari mulut ke mulut, ramai ahli parti-parti politik melihat pihak SPR pergi ke kawasan-kawasan terpencil, lakukan aktiviti pendaftaran pengundi.

YB Tony Pua Kiam Wee tidak memberitahu kami, butiran dan sebaran berita yang dimaksudkan beliau itu dan dikatakan ada banyak parti-parti yang melihat kejadian itu dan bagaimana pula kesudahannya: orang-orag yang bilangannya ribuan ini iaitu pekerja asing dan penduduk tetap, adakah benar-benar telah mendaftar sebagai pengundi yang sah?

Untuk menentang pihak lawan, Sudah tentu kita tidak mahu melihat calon yang diundi oleh rakyat (Pakatan Rakyat) duduk diam sahaja. Mereka juga tidak akan memberitahu kita yang telah berdaftar itu tidak semestinya semuanya diterima; mereka juga tidak memberitahu kita parti-parti yang laksanakan pendaftaran itu adakah mereka terlibat untuk merosakkan yang lain, sudah tentu mereka juga tidak mahu dengar hujah dari pihak pendaftaran negara dan SPR, terutama sekali hujah-hujah yang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat.

Saya mahu berkata di sini, jika penduduk tetap bertukar menjadi warga negara dan menjadi pengundi, berita ini boleh meletup dan meledak dengan amat kuat, ahli dan calon kerusi parlimen tidak perlu hentam rakan-rakan sejawat mereka, Cuma dedahkan butir-butir yang telah diperolehi itu sahaja. Apa yang mengecewakan semua orang ialah ahli-ahli parlimen ini apabila tiba saat penting dan isu penting mereka pula yang berdiam diri.

Jika benar-benar mahu pertahankan kepentingan orang ramai dan rakyat, ataupun mahu adakan pilihan raya yang bersih, wakil-wakil rakyat tidak boleh hanya bangkitkan isu sahaja untuk sedapkan pemberita dalam sidang akhbar, selepas itu mereka lakukan ugutan pula. Kalau guna taktik itu hanya seperti bermain wayang, menyebabkan orang anggap perubahan sistem pilihan raya tidak mahu dilakukan dengan sungguh-sungguh.

Sama ada mereka dengan jujur laksanakan tugas mereka masing-masing ataupun tidak, pergilah cari dan korek ada berapa ramai wakil rakyat terutama sekali wakil rakyat dari pihak BN kerana tidak bersih dalam senarai pengundi dimana penduduk tetap boleh menjadi warga negara dan boleh mengundi, menyebabkan PRU pada tahun 2008 ataupun PRU yang lebih awal dari itu mereka menang besar dalam PRU. Jika anda berbuat demikan sudah tentu anda punyai satu kekuatan yang ampuh. Jika sebaliknya hanya menuding di kawasan tertentu ada pengundi hantu dan dikatakan tiba-tiba ada pengundi yang berstatus penduduk tetap, dikatakan tujuan sebenar bahawa pihak kerajaan cuba lakukan itu semata-mata mahukan kemenangan dalam Pilihan Raya, tanpa selidik berapa ramai ataupun benarkah mereka ini pergi mengundi, ataupun sebaliknya tiada fakta boleh dipercayai ramai.

Tanggapan Telur Ayam itu Anak Ayam Berunsur Penipuan

Telur ayam yang belum menetas tetap masih telur ayam lagi, telur itu belum lagi jadi anak ayam. Jika anggap telur ayam itu sebagai anak ayam bukankah itu bermaksud mahu menipu.

Sebenarnya ada cara yang lebih praktikal; ahli-ahli Parlimen PR, tidak kira sama ada mereka suka ataupun tidak tentang isu kecil ataupun isu besar ataupun tiada isu asyik mahu membuat sidang liputan media, sepatutnya ahli-ahli parlimen ini berpijaklah di bumi yang nyata, cuba ubah sistem pilihan raya, bukan hanya buat riuh rendah dan buat kecoh dengan pihak media dan pemberita, itu barulah dikatakan laksanakan satu kerahmatan untuk semua rakyat.
-terjemahan/Q-

UTAMABERITAWakil Rakyat 'Pakatan Rakyat' Kenapa Berdiam Diri?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium