Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONAL45 NGO hantar memorandum...

45 NGO hantar memorandum kepada Sultan Selangor sokong tindakan JAIS - pakdin.my

SHAH ALAM: Sejumlah 45 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menghantar memorandum kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menjalankan pemeriksaan di sebuah gereja di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Wakil kumpulan NGO itu, Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Dzulkhaini Husain, berkata memorandum itu dihantar kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, di Istana Bukit Kayangan di sini pagi ini.

Beliau berkata, tujuan memorandum lima muka surat itu dihantar adalah bagi mempertahankan kedaulatan Islam berhubung tindakan anggota penguatkuasa JAIS ketika melakukan pemeriksaan di gereja terbabit.

“Kami sudah berjumpa dengan wakil daripada JAIS dan selepas mendapat semua maklumat serta penjelasan, kami dengan sepenuh hati menyokong tindakan yang dibuat oleh JAIS dalam usaha mempertahankan kedaulatan agama Islam,” katanya kepada pemberita di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Beliau berkata, tidak berlaku sebarang kejadian seperti memecah pintu atau menceroboh dewan gereja berkenaan seperti yang didakwa sebaliknya pemeriksaan dilakukan secara berhemah serta menemui bukti mengenai kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988.

Pegawai Kerja dan Aktivis Pengguna Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Mohd Mustaffa Hamzah, berkata NGO berkenaan kesal dengan laporan dua laman berita portal di negara ini yang menulis seolah-olah JAIS melakukan serbuan dengan kekerasan terhadap gereja terbabit.

Beliau berkata, laporan berkenaan tidak beretika di mana sepatutnya ia dilakukan dengan mendapatkan sumber yang sebenar.

“Kita juga kesal dengan tindakan Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang seolah-olah membelakangkan Sultan Selangor dalam memberikan reaksi terhadap tindakan JAIS memeriksa gereja terbabit,” katanya. – BERNAMA

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674