Tanah Runtuh Sungai Ruil – Runtuhan Susulan Mungkin Berlaku Di Cameron Highlands - pakdin.my

Runtuhan susulan di perkampungan orang asli Sungai Ruil, Cameron Highlands yang mengorbankan tujuh nyawa semalam mungkin akan berlaku.

Ini kerana terdapat aliran dan tanda-tanda takungan air di sekitar puncak bukit yang runtuh itu.

Ini rakaman penuh visual kawasan runtuhan di lereng bukit di tepi perkampungan orang asli Sungai Ruil, Cameron Higlands.

Dalam kejadian kira-kira jam 5:50 petang semalam, enam rumah ranap ditimbus.

Runtuhan dipercayai berpunca daripada aliran air di bawah tanah.

Tinjauan juga mendapati hampir keseluruhan puncak bukit ini mempunyai tanda-tanda aliran mata air sekaligus mendedahkan kampung ini kepada pelbagai kemungkinan.

OSMAN A/L BAHUA/PENDUDUK
“Sini banjir lumpur la sebab memang masa tu paras ni saya ingat air masuk atas bawa bertakung sini sampai bawah sekali dia kayu dari atas.”

Disebabkan keadaan masih berbahaya, semua penduduk dipindahkan sementara ke dewan serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Brinchang.

SABAPI A/L BAUHA/PENDUDUK
“Pergi Brincang sebab takut tanah runtuh tak ada lagi.”

NORA BANGANG/PENDUDUK
“Dia orang bagi tempat duduk sementara bagi reda nanti balik sini, balik sementara saja duduk kat Brincang.”

Berita berkaitan:

Tanah Runtuh Sungai Ruil – Runtuhan Susulan Mungkin Berlaku Di Cameron Highlands
Tanah Runtuh Sungai Ruil – Tengku Mahkota Pahang Arah Siasatan Menyeluruh
Tanah Runtuh Sungai Ruil – PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa
Tanah Runtuh Sungai Ruil – 7 maut, 2 cedera (1:50 pagi) – Update Video
Tanah Runtuh Sungai Ruil – 3 maut, 3 cedera dan 3 lagi dikhuatiri masih tertimbus – Sehingga jam 00:30 pagi
Tanah Runtuh Sungai Ruil – Seorang Terkorban


UTAMABERITATanah Runtuh Sungai Ruil – Runtuhan Susulan Mungkin Berlaku Di Cameron Highlands

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium