UtamaNASIONALKhalid Samad Terus Bidas...

Khalid Samad Terus Bidas JAIS - pakdin.my


Klik untuk melihat imej lebih besar

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Samad terus membidas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama minggu lalu.

Menurut beliau, tindakan menyerbu rumah ibadat agama lain boleh memberikan satu imej buruk kepada Islam sekiranya ia dilakukan atas nama Islam sendiri.

“Soal menyerbu sebuah rumah ibadat bukan Islam merupakan suatu isu yang serius.

“Ini kerana ianya memberikan gambaran bahawa Islam tidak menghormati rumah ibadat orang bukan Islam,” katanya yang dipetik menerusi blognya.

Selain itu Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, serbuah JAIS itu dilihat wajar dilakukan sekiranya ia bertujuan memberi kepentingan politik kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno untuk menyerang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Sambil mengaitkan tindakan jabatan penguatkuasa agama itu dengan BN, Khalid berkata usaha bagi menangani isu mutad di kalangan umat Islam seharusnya dilakukan dengan kaedah yang lebih berhemah.

“Sekira matlamatnya adalah untuk menghasilkan isu yang mana MCA boleh membantai PR Selangor ‘yang ditunggang PAS’ sehingga JAIS menyerbu gereja, maka serbuan itu adalah ‘wajar’.

Sekira matlamatnya juga adalah untuk menghasilkan isu agar Umno pula boleh serang Pakatan Rakyat Selangor ‘yang ditunggang DAP’ sehingga adanya kes memurtadkan ummat Islam, maka serbuan itu adalah ‘wajar’.

“Begitulah juga sekiranya serbuan itu bertujuan untuk mengalihkan isu piliharaya bersih, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya, maka serbuan tersebut juga adalah ‘wajar’,” katanya.

Dalam pada itu Khalid juga berkata JAIS sepatutnya menggunakan kebijaksanaan menerusi setiap tindakan pencegahan yang dilakukan jabatan itu berbanding hanya bersandarkan kepada kuasa dan hak yang diperuntukan kepada mereka.

“Apakah matlamat serbuan dan adakah matlamat itu hanya mampu tercapai melalui serbuan? Soal adanya hak dan kuasa satu perkara, tetapi yang lebih penting ialah kebijaksanaan tindakan sedemikian rupa.

“Pengalaman kita dengan serbuan pegawai penguatkuasa JAIS selama ini semuanya kurang manis,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan wujudnya usaha memurtadkan 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam amal di gereja berkenaan, Khalid berkata JAIS seharusnya memantau dan seterusnya mendampingi kumpulan berkenaan dengan baik tanpa perlu menyerbu masuk ke gereja tersebut.

“Sekiranya 12 orang itu hadir secara rela dan sedang dipujuk dengan berbagai ucapan yang menyatakan kelebihan Kristian dan betapa Islam itu keras dan bersifat memaksa, tanpa adanya keprihatinan dan sebagainya, maka tindakan menyerbu mungkin mendatangkan natijah yang sebaliknya.

“Adalah lebih baik dipantau, dapatkan nombor kereta serta maklumat lain dan seterusnya didampingi golongan 12 tersebut selepas dari itu.

“Kalau bukti memadai, mungkin juga boleh dikenakan tindakan undang-undang. Tidak perlu serbu. Matlamat tercapai, nama baik Islam tidak tercemar, yang 12 dapat diuruskan dan dinasihati dan begitu juga pihak Gereja,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s

[VIDEO] MKT UMNO tentukan tarikh pemilihan parti pada Jumaat

Mesyuarat MKT adalah untuk memutuskan tarikh sebelum 19 Mei itu, bila tarikh mesyuarat cawangan, bahagian dan pemilihan yang dibuat (serentak) dalam tarikh itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162080 https://youtu.be/xmwvGGOOgWY

[VIDEO] Feri Mersing – Tioman di badai ombak besar

Viral video feri dari Mersing ke Tioman terumbang ambing dilanda ombak. Alhamdulillah feri tu dah selamat berlabuh di jeti Tioman. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162068 https://youtu.be/agaMpX65_60 https://youtu.be/mlhOM1_qPhQ

[VIDEO] Batu Pahat daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 3,612 orang

Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 3,612 orang setakat 8 pagi ini berbanding 2,912 orang yang dicatatkan pada 12 tengah malam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162059 https://youtu.be/uQ0D13ZlstU

Rumah Rakit Uda Sungai Lebam hanyut

Difahamkan tiada pengunjung yang menyewa rumah rakit berkenaan ketika kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162049 https://youtu.be/9BNvuoiOv18

[VIDEO] Isu Islamofobia di Sweden antara akan dibincangkan dengan Brunei – Zambry

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membincangkan perkara berkenaan bersama rakan sejawatnya di Brunei, Erywan Mohd Yusof. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162036 https://youtu.be/ZoAoMi6CwpI