Syed Sadiq dan #IdrisJusoh - pakdin.my

1. Saya hanya persoalkan atas kapasiti dan nilai ilmu apa Syed Saddiq dijemput sebagai ahli panel Forum Pendidikan Tinggi 2017, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.

2. Kita faham jika ia satu program perbahasan politik mengenai polisi pendidikan. Ini seperti yang dilakukan oleh Shaberry Chek lwn Anwar Ibrahim dalam isu harga petrol dan dianjurkan oleh Agendadaily.

3. Jika dilihat promosi program ia merupakan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi, maka ia adalah wacana akademik bukannya perdebatan ideologi politik. Jadi di mana kepentingan Syed Saddiq?

4. Syed Saddiq bukan sesiapa dalam isu pendidikan negara. Menjadi johan pembahas Asia sekali rasanya bukan termasuk dalam kategori pemikir pendidikan negara.

5. Beliau bukan tokoh dalam bidang pendidikan negara. Bukan usahawan berjaya dalam pendidikan, malah tidak mempunyai ijazah sarjana pun.

6. Syed Saddiq hanya dikenali sebagai pemimpin muda PBBM yang menggunakan nama haram untuk sayap partinya dan popular kerana menentang kerajaan. Beliau terkenal kerana beberapa fitnah, gosip, gaya hidup dan populariti twitter, bukan kerana buah fikiran dalam bidang pendidikan. Beliau bukan juga Ahli Parlimen.

7. Jadi kita tidak faham mengapa Kementerian Pendidikan Tinggi harus mengangkat Syed Saddiq dalam program kerajaan.

***************
Ab Jalil Backer
https://www.facebook.com/Jalil.backer/posts/10214902454055237

UTAMAPOLITIKSyed Sadiq dan #IdrisJusoh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium