Viral: Ikan Tilapia Malaysia Selamat Dimakan – Jabatan Perikanan - pakdin.my

Lepas ikan keli kini giliran ikan tilapia pula jadi mangsa fitnah.

Jangan mudah terpengaruh dengan viral di media sosial.

**********
Susulan dakwaan di media sosial bahawa ikan tilapia tidak patut dimakan dan kononnya menjadi penyebab kanser, Jabatan Perikanan Malaysia memberi jaminan ikan tilapia di Malaysia selamat untuk dimakan.

Menurut jabatan itu, tiada artikel saintifik di dalam dan luar negara berkaitan laporan terdapatnya sel kanser pada isi ikan tilapia.

“Tiada juga laporan saintifik yang mengaitkan isu penggunaan makanan ikan yang dicampur hormon dan agen penggalak tumbesaran diamalkan dalam industri ternakan ikan di Malaysia,” menurut kenyataan jabatan berkenaan.

Kenyataan itu menyebut Jabatan Perikanan Malaysia di bawah Program Agriculture Residue Monitoring (ARMP) telah menjalankan program pemantauan kualiti ikan di peringkat ladang bagi memastikan ikan dan hasilan ikan bebas daripada kesan pencemaran dan selamat untuk dimakan.

Kebanyakan pengusaha ternakan ikan tilapia pada masa ini menggunakan strain tilapia yang ditambah baik melalui pembiakbakaan, kacukan dan hibrid untuk meningkatkan kadar tumbesaran.

“Maka penggunaan hormon dan agen penggalak tumbesaran tidak perlu dan membazir serta akan meningkatkan kos operasi,” kata kenyataan itu.

*********
Maklumbalas Terhadap Dakwaan Ikan Tilapia Mempunyai Sel Kanser Oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (Who)

Tempoh hari ikan keli. Kali ini ikan tilapia pula menjadi mangsa fitnah.

ISU YANG DIBANGKITKAN

Ikan tilapia mengandungi 10 ribu sel kanser menurut laporan kajian

WHO ULASAN DOF

Tiada artikel saintifik (di dalam dan luar negara) berkaitan laporan terdapatnya sel kanser pada isi ikan tilapia.

Ikan tilapia diternak dengan “hormonal feed that are filled with steroids and other fattening chemicals”

ULASAN DOF

Tiada laporan saintifik yang mengaitkan isu penggunaan makanan ikan yang dicampur hormon dan agen penggalak tumbesaran diamalkan dalam industri ternakan tilapia di negara ini.

Pengusaha ternakan ikan tilapia pada masa ini kebanyakannya menggunakan strain tilapia yang ditambahbaik melalui pembiakbakaan (selective breeding), kacukan dan hybrid untuk tujuan meningkatkan kadar tumbesaran. Maka penggunaan hormon dan agen penggalak tumbesaran tidak perlu dan membazir serta akan meningkatkan kos operasi.

Omega 6 fatty acid in tilapia can increase risk of getting blood clot, arthritis

ULASAN DOF

Kajian saintifik yang dijalankan oleh FRI bersama WorldFish pada tahun 2010 berkaitan kandungan fatty acid dalam isi tilapia mendapati paras omega-3 lebih rendah berbanding omega-6.Penentuan risiko kepada kesihatan manusia untuk penyakit seperti dinyatakan di atas dibuat dengan mengira nisbah omega-6 kepada omega-3. Jika nilainya melebihi 5, ia dianggap berisiko kepada kesihatan manusia.Walaubagaimanapun, kajian ini mendapati nisbah yang direkodkan adalah 3.3 yang menunjukkan ia jauh lebih rendah daripada paras berisiko tersebut.

RUMUSAN
Ikan Tilapia Malaysia berpotensi besar di dalam pasaran domestik dan eksport serta mempunyai stok ternakan yang baik juga selamat untuk dimakan.

UTAMAViral: Ikan Tilapia Malaysia Selamat Dimakan - Jabatan Perikanan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium