[Video] Alhamdulillah Cikgu Azizan Dilepaskan Oleh Mahkamah - pakdin.my


https://youtu.be/gESfqO4GoPU

Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai, Azizan Manap, dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi.

Guru berusia 44 tahun itu yang dikenali sebagai ‘Cikgu Azizan’, sepatutnya memulakan perbicaraan sebelum Majistret Mohd Zaki Abd Rahman mengumumkan keputusan tersebut.

Menurut Utusan Online, Mohd Zaki memutuskan demikian selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes tersebut ditarik balik.

Mohd Zaki juga mengarahkan supaya duit jaminan sebanyak RM500 dikembalikan kepada Azizan.

Pada 31 Okt lalu, Azizan telah didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan oleh mahkamah yang sama atas pertuduhan mencederakan anak muridnya dengan sengaja.

Menurut dakwaan, Azizan telah menampar seorang murid Tahun Lima yang dikatakan melakukan kesalahan disiplin berat berulang termasuk menghidu gam, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.

Kes ini mendapat perhatian seluruh negara dengan persatuan guru termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) serta netizen yang turut menyeru sokongan semua pihak terhadap Cikgu Azizan.

UTAMABERITA Alhamdulillah Cikgu Azizan Dilepaskan Oleh Mahkamah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium