Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALKerajaan Britain Sampaikan Rasa...

Kerajaan Britain Sampaikan Rasa Simpati Kepada Penuntut Malaysia - pakdin.my

Kerajaan Britain melahirkan rasa sedih berhubung insiden yang menimpa seorang penuntut Malaysia yang cedera semasa rusuhan di Timur London semalam dan menyampaikan simpati mereka kepada keluarga mangsa.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Ray Kyles berkata beliau telah menyampaikan rasa simpati itu dan keprihatinan kerajaan Britain kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

“Suruhanjaya Tinggi Britain melahirkan rasa terkejut atas serangan ganas dan pengecut ke atas penuntut Malaysia Muhammad Asyraf Haziq Rosli.

“Kami terkejut dengan kecederaan yang dialaminya dan kami sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Malaysia untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai beliau. Suruhanjaya Tinggi juga mengutuk tindakan itu,” katanya kepada pemberita mengenai keadaan terkini di United Kingdom di pejabatnya di sini, Rabu.

Muhammad Asyraf, 20, seorang penuntut jurusan perakaunan tajaan Mara, diserang semasa sedang dalam perjalanan untuk membeli juadah berbuka puasa oleh para perusuh yang juga telah merompaknya.

Penuntut yang berasal dari Selangor itu mengalami kecederaan di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

Kyles berkata, beliau tidak mempunyai laporan terkini mengenai Muhammad Asyraf dan keadaan di sana tetapi yakin Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sentiasa berhubung dengannya dan status kesihatannya.

“Kita juga tahu Kementerian (Luar) Malaysia di sini sentiasa berhubung dengan keluarganya dan seperti yang saya telah katakan kami telah sampaikan simpati kami kepada keluarganya melalui Kementerian Luar dan kami amat berharap beliau lekas sembuh,” katanya.

Laporan menyebut bahawa kerajaan Britain mengerahkan 16,000 polis di seluruhLondon untuk mengawal keadaan dan menamatkan keganasan jenayah.

Kyles berkata, peningkatan pasukan keselamatan tidak bermakna bahawa keadaan itu di luar kawalan tetapi ia merupakan bahagian penting dalam strategi untuk menamatkan segera keganasan.

“Mereka yang melakukan kesalahan itu sudah mula merasai kesan tindakan mereka dengan lebih 650 tangkapan dilakukan di London sahaja dan menyebabkan sekitar 111 individu didakwa setakat ini,” katanya.

Disebalik kejadian itu, Kyles berkata Suruhanjaya Tinggi akan terus menggalakkan mereka yang merancang untuk melawat Britain tidak lama lagi atau minggu akan datang atau berhasrat untuk melanjutkan pengajian di sana supaya meneruskan rancangan mereka.

“Pada masa sama, kita juga menyokong nasihat Kementerian Luar Malaysia supaya individu sentiasa berwaspada dan mengelakkan melawat kawasan yang berlaku keganasan sehingga keadaan benar-benar pulih,” katanya.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674