Mahathir Serang PAS Kerana Mahu Kepercayaan DAP

Orang Kedah kata “tak dah arah dah” atau “abis akai dah”, itulah gelaran sesuai buat Mahathir sekarang ini. “Kelupoq tak sangga” sebab hendak kuasa.

“The end justify the means” kata Machiavelli dalam bukunya The Prince. Matlamat menghalalkan cara. Kerana hendak sangat kuasa, Mahathir akan buat apa sahaja hendak bagi DAP suka.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir Mohamad kini semakin rancak menyerang PAS. Pelbagai tuduhan dibuat ke atas PAS termasuk melabel presidennya Abdul Hadi Awang sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan UMNO.

Ternyata tuduhan itu menunjukkan Mahathir kini semakin terdesak. Ia merupakan tuduhan yang jelas sekali melanggar prinsip agama. Dulu Mahathir sedap kata PAS mengkafirkan orang. Kini, Mahathir pula mengkafirkan orang PAS.

Selain itu, sebagai seorang Islam juga, Mahathir tidak wajarlah menjadi `mufti’ dengan melabelkan seseorang itu sebagai kafir. Sebelum ini Mahathir kata semua mufti juga kafir ketika berucap dalam mesyuarat agung PPBM.

Apa boleh buat, Mahathir bertindak agresif sebegini semata mata hendak ambil hati DAP sahaja. Mahathir memang selalu berlagak sebagai mufti pun.

Dulu Mahathir membuat `fatwa’ sendiri kononnya mereka yang mengerjakan haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji yang mabrur.

Tidak berhenti di situ, Mahathir juga pernah mengatakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memberi manfaat kepada jutaan rakyat yang memerlukan sebagai salah satu bentuk rasuah dan haram diterima.

Disebabkan keceluparan mulut Mahathir ini, Hadi sendiri sudah beberapa kali meminta beliau bertaubat. Namun jika dilihat kepada agenda lain, ramai yang mengandaikan ia merupakan satu serangan yang dilakukan semata-mata untuk menambat hati DAP.

Semua tahu DAP dan PAS tidak mempunyai hubungan yang baik. Kedua-duanya yang pernah berada dalam satu gabungan pembangkang sebelum ini telah terputus selepas muktamar Tahunan PAS pada 2015 meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP.

Ia susulan beberapa kenyataan pimpinan parti itu terhadap Abdul Hadi terutama dalam isu hudud.

Sejak itu PAS tidak mahu lagi bekerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP, termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Itu antara salah satu sebab Mahathir menyerang PAS apatah lagi ketika Pakatan Harapan sedang `berfikir-fikir’ untuk menamakan calon Perdana Menteri mereka.

Mahathir sendiri tidak menyembunyikan hasrat untuk dicalonkan sebagai PM malah beliau menyatakan kesediaan untuk menjadi calon jika Pakatan Harapan terdesak dan tiada calon lain.

Ketika ini ada pemimpin PKR yang menyokong Mahathir menjadi Perdana Menteri dan meskipun hanya sementara sebelum Anwar Ibrahim keluar dari penjara, namun sekurang-kurangnya ia menunjukkan ada sokongan kepada beliau.

Berbeza dengan DAP, setakat ini masih belum ada kenyataan terbuka dari DAP menyokong Mahathir sebagai PM sementara.

Malah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng enggan mengulas mengenai cadangan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara gabungan berkenaan.

Cadangan itu, kata Guan Eng seharusnya dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang terlebih dahulu, sebelum sebarang tindakan lanjut dimuktamad.

Mungkin atas sebab itu, ramai yang melihat Mahathir yang kini semakin `galak’ menyerang PAS semata mata kerana mahu ‘mengambil hati’ DAP. Disebabkan itulah Mahathir kini tidak berhenti daripada menyerang PAS semata-mata mahu mendapatkan perhatian DAP.

Dengan DAP bukan main lagi Mahathir berkawan kerana hendak rampas kuasa. Sesama Islam, UMNO dan PAS macam macam yang Mahathir kata dan label, sampai tuduh kafir dan sebagainya.

Itulah perangai orang yang berusia 93 tahun bila terlalu kemaruk kuasa. Sanggup buat apa sahaja.

Tulisan :
Beruang Biru
BB726, Khamis
4 Januari 2018

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...