Umno Taja Tiket Penerbangan Keluarga Muhd Asyraf - pakdin.my

Umno akan menaja tiga tiket penerbangan untuk membolehkan keluarga pelajar Malaysia tajaan Mara, Muhammad Asyraf Haziq yang cedera dalam rusuhan di United Kindgom, Selasa lepas ke London.

Ketua Penerangannya, Datuk Ahmad Maslan berkata Umno akan turut menaja kos penginapan serta makan minum ahli keluarga Muhammad Asyraf ketika berada di London yang akan diuruskan sepenuhnya oleh Kelab Umno di sana.

“Umno berasa sedih dengan apa yang berlaku di London, sebab itu kita merasa terpanggil untuk membantu, keluarga Muhammad Asyraf untuk membolehkan mereka melawat anak mereka di sana.

“Mereka pun bukan daripada keluarga berada jadi kita tampil untuk bantu, insya-Allah paling cepat esok pagi mereka akan terbang ke London,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Menara Dato’ Onn di sini, Khamis.

Menurutnya, Umno akan menaja tiga tiket penerbangan untuk ibu Muhammad Asyraf, Maznah Abu Mansor, ayahnya, Mohd Rosli Atan dan adik bongsu Muhammad Asyraf, Muhammad Fitri dengan kos sekitar RM20, 000.

UTAMABERITAUmno Taja Tiket Penerbangan Keluarga Muhd Asyraf

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium