Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALPembangkang Ulangi Taktik Kotor...

Pembangkang Ulangi Taktik Kotor Burukkan SPR Menjelang PRU-13 - pakdin.my

Suruhanjaya Pilihanraya

Pembangkang kini sedang rancak mengulangi taktik kotor dengan menyebarkan fitnah dan tohmah bagi memburukkan imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti yang dilakukan sepanjang musim Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini adalah agenda politik ‘kotor’ yang sama mereka gunakan menjelang PRU Ke-13 selain pada siri pilihan raya kecil sebelum ini.

Katanya, dengan taktik ‘kotor’ itu mereka berjaya memenangi 82 kerusi Dewan Rakyat mengalahkan BN di lima Dewan Undangan Negeri pada PRU lepas.

Sehubungan itu, tegasnya, pembangkang terkejut dengan kemenangan mereka melalui proses pilihan raya yang mereka tuduh kotor dan tidak adil selama ini.

“SPR sekali lagi menjadi sasaran dan punching-bag oleh pihak tertentu untuk meraih simpati rakyat dengan menggunakan isu pilihan raya tidak adil.

“Seperti yang berlaku sebelum PRU Ke-12 apabila parti politik tertentu menyertai demonstrasi jalanan menuntut pilihan raya adil, mereka telah berjaya menaikkan kemarahan rakyat dan hasil perbuatan itu memberi kemenangan besar kepada mereka.

“Ini kerana sistem dan proses pilihan raya yang adil yang telah memberi kemenangan besar kepada parti-parti pembangkang di negara ini.

“Agenda politik ‘kotor’ melalui penyebaran fitnah dan pembohongan telah menunjukkan hasil. Maka agenda yang sama perlu diulangi untuk menghadapi PRU yang akan datang,” tegasnya dalam satu artikel yang disiarkan oleh Utusan Malaysia, Khamis.

Wan Ahmad berkata, pada 9 Julai 2011 mereka sekali lagi mempergunakan strategi yang sama, iaitu menyertai demonstrasi jalanan menggunakan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya adil dan berjaya mendapat liputan media antarabangsa.

Katanya, terdapat parti-parti politik di negara ini yang ketandusan isu untuk memikat hati rakyat dalam menghadapi PRU akan datang maka cara lain yang digunakan adalah menyebar fitnah memburukkan kepimpinan SPR supaya rakyat benci dan simpati.

“SPR dijadikan ‘kambing hitam’ dalam memperjuangkan cita-cita mereka,” tegasnya lagi.

Beliau menambah, yang ketara berlaku di negara ini adalah perbuatan fitnah dan pembohongan yang menjadi perkara wajib dalam usaha mencari sokongan, tidak cukup dengan kecaman terhadap parti lawan SPR turut dijadikan sasaran.

Katanya, mereka membuat kesimpulan atas sesuatu isu yang berbangkit semata-mata berasaskan andaian dan tuduhan yang tidak terbukti di mahkamah.

“Melalui ceramah dan tulisan, tanpa rasa berdosa SPR dikecam semata-mata kerana buruk-sangka terhadap badan ini. Kebencian rakyat terhadap SPR dan pilihan raya diharapkan menjadi undi simpati yang memihak kepada mereka dalam pilihan raya akan datang,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pilihan raya demokratik memberi hak dan kebebasan kepada rakyat untuk bertanding sebagai calon dan hak mengundi dalam pilihan raya. Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak dan kebebasan tersebut.

Ujarnya, sesiapa jua rakyat yang layak di bawah undang-undang boleh mendaftar sebagai pengundi dan bebas membuat pilihan.

“Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia di mana parti-parti politik berkempen sepanjang tahun, sama ada melalui ceramah, media dan sebagainya. Akhbar-akhbar milik parti bebas membuat laporan termasuk fitnah dan pembohongan serta mengedarnya di seluruh negara,” katanya.

Selain itu, katanya, pada hari pengundian, kenderaan parti-parti politik bebas mengangkut para pengundi dan bebas meraih undi walaupun undang-undang melarang berkempen pada hari mengundi.

Jelasnya, di tempat mengundi, rakyat bebas membuat pilihan dan undi adalah rahsia, tiada siapa yang tahu dan selepas tamat pengundian pukul 5 petang, setiap kertas undi sah akan dikira dengan disaksikan oleh wakil calon-calon yang bertanding.

“Rakyat perlu sedar bahawa di negara ini golongan yang menuduh pilihan raya tidak adil terdiri daripada mereka yang telah menang dalam pilihan raya. Mungkinkah mereka menang jika pilihan raya dijalankan secara tidak bebas dan tidak adil? Atau jika proses pengundian atau pengiraan undi tidak dilakukan dengan telus dan bersih?” katanya.

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883