Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALInsiden Di UK Buktikan...

Insiden Di UK Buktikan Pentingnya Ketegasan Pihak Berkuasa Menangani Isu - pakdin.my

Banyak pengajaran boleh dipelajari oleh rakyat Malaysia daripada rusuhan ganas yang berlaku di London dan beberapa bandar lain di England, demikian kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, insiden itu membuktikan pentingnya satu ketetapan dan ketegasan diambil oleh pihak berkuasa dalam menangani sesuatu isu secara bijaksana tanpa menjejaskan ketenteraman, kestabilan dan keharmonian di negara ini.

“Saya bersyukur apa yang melanda UK (United Kingdom) hari ini tidak berlaku di negara kita dan ini merupakan sesuatu yang kita tidak boleh ambil mudah,” katanya kepada pemberita sebelum majlis berbuka puasa kementerian itu di Masjid Kompleks Penjara Kajang, di sini, Khamis.

Hishammuddin berkata, rakyat Malaysia kini boleh membuat perbandingan dan penilaian sendiri bagaimana polis negara kita menangani perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lepas.

Katanya, KDN memantau secara dekat keadaan di London dan bandar raya lain di United Kingdom sejak tercetusnya rusuhan di Tottenham pada Sabtu lepas dan yakin kerajaan England mampu menangani rusuhan itu.

Hishammuddin berkata, kejadian rusuhan itu turut mengingatkan kerajaan akan perkara yang perlu diberi penekanan sekiranya kerajaan ingin membuat sesuatu perubahan dalam isu-isu penting.

“Kalau kita nak melihat kepada tranformasi, dalam kita nak mengimbangi hak dan juga keselamatan negara, bila kita nak membuat perubahan dalam konteks kebebasan untuk bersuara, maka kita hendaklah ambil kira kekangan-kekangan dan juga apa yang dihadapi oleh negara-negara tertentu,” katanya.

Rusuhan dan kejadian menjarah di United Kingdom tercetus pada Sabtu di Tottenham di utara London susulan tunjuk perasaan aman berhubung kematian Mark Duggan, seorang penduduk tempatan berkulit hitam berusia 29 tahun, selepas ditembak polis dua hari sebelum itu. Insiden ganas itu kemudiannya merebak di kawasan lain di London dan bandar lain.

Isnin lepas, Muhammad Ashraf Haziq Rosli, 20, pelajar tahun pertama tajaan MARA dalam jurusan perakaunan di Kaplan College, hilang beberapa batang gigi dan patah rahang setelah diserang dan dirompak dalam satu rusuhan ketika dia serta rakannya berbasikal untuk berbuka puasa di rumah rakan mereka.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata media massa perlu sensitif dan bertanggungjawab dalam menyiarkan sesuatu berita tanpa menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Katanya, tindakan akhbar The Star yang menyiarkan artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir, tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

“Ia tak sepatutnya berlaku. Saya tengok bahawa suratkhabar-suratkhabar perlu sensitif dan bertanggunggjawab. Ia berkisar kepada perkara yang amat sensitif iaitu berhubungkait dengan agama. Kalau tidak ditangani dengan baik, kesannya akan dirasai semua,” katanya lagi.

Artikel itu dimuatkan dalam sisipan ‘Dining Out’ akhbar itu dengan ‘Ramadan Delights’ sebagai tajuk di muka depan sisipan khas Ramadan, semalam.

Diharap lepas ini tidak lah Menteri bertanggungjawab asyik memberi amaran..

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674