Ada Orang Melayu Dalam Majlis Di Gereja DUMC Tidak Mengaku Islam - pakdin.my

Gereja Methodist mazhab Protestan di Damansara Utama Selangor

Nampaknya memang banyak hal yang meragukan semasa pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis ‘ gereja’ Methodist Damansara Utama (DUMC)di No.2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya malam 3 Ogos lalu.

Maka tidak hairanlah, mengapa JAIS memperlihatkan ketegasannya dalam menangani perkara yang merupakan tugas hakiki jabatan tersebut.

Menurut maklumat yang Agendadaily terima daripada sumber ‘amat kredibel’ antara paling ‘ mencurigakan’ semasa pemeriksaan oleh JAIS di situ ialah ada di kalangan 12 orang Melayu yang hadir TIDAK MENGAKU BERAGAMA ISLAM semasa disoal.

Kalau tidak ada sesuatu yang nak disorok mengapa sampai begitu? Ini kerana   orang berkenaan didapati pemegang kad pengenalan yang bertulis nama Melayu dan beragama Islam.

Majlis yang dinamakan “Thanks Giving Dinner” dipercayai bertujuan meraikan murtadnya sebahagian orang beragama Islam.

Berdasarkan nama dan nombor kad pengenalan diperolehi, kesemua 12 individu tersebut tiga lelaki dan sembilan menetap di sekitar Ampang, Puchong, Petaling Jaya dan Seputeh. Selain itu dari Alor Setar Kedah dan Muar, Johor. Terdapat juga dari kalangan mereka yang turut membawa anak-anak kecil.

“Pemeriksaan juga dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995 iaitu ‘Menghina atau Mempersendakan Ibadat Agama Islam di Kalangan Penganut Agama Islam Sendiri,” kata sumber tersebut.

Manakala siasatan juga akan dibuat mengikut peruntukan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.

“Program tersebut dihadiri 80 hingga 100 orang yang rata-ratanya berbangsa Cina termasuk 12 orang Melayu/Islam di mana ia disyaki diadakan bagi meraikan MURTADNYA sebahagian orang Islam yang hadir itu ke agama Kristian sambil MENGHINA DAN MEMPERSENDAKAN ajaran Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang Islam/Melayu sendiri,”.

Selain itu, pintu masuk ke Hall 3 dihiasi dengan bunga manggar dan rata-rata hadirin memakai baju Melayu dan baju kurung/kebaya.

“Semasa pemeriksaan dibuat, seorang lelaki sedang berucap dalam bahasa Inggeris (testimoni) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam,” kata sumber.

Di dalam tentatif program tercatat nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR di mana salah seorang daripada mereka berhujah mereka berhak menggunakan kalimah tersebut kerana tidak dilarang Kerajaan.

Semasa pemeriksaan tersebut, beberapa orang disyaki Melayu/Islam cuba keluar melalui pintu belakang premis berkenaan.

“Pemeriksaan terhadap individu di dalam dewan dibuat selepas rundingan kira-kira sejam dengan pihak penganjur yang menggunakan “delay tactic” untuk menyembunyi/menghapus bahan bukti,” dedah sumber.

Di sini timbul beberapa persoalan:

Pertama mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah “Thanks Giving Dinner” yang jelas berunsurkan Kristian?

Kedua, mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ia dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?

Ketiga, mengapa bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan?

Keempat, mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?

Kelima, mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?

Keenam, mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program?

Ketujuh, mengapa soalan kuiz tentang Islam diberi kepada hadirin?

Kelapan, mengapa dan bagaimana kertas soalan kuiz tentang Islam dijumpai dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan?

Kesembilan, mengapa majlis tersebut diadakan di gereja yang jelas ada unsur-unsur penarikan?

Kesepuluh, mengapa penganjur beria-ia cuba menipu penguatkuasa JAIS dan polis tentang program dan kehadiran orang Melayu/Islam?

Dalam bab premis itu kini sudahpun terbongkar ia asalnya dipohon sebagai pusat komuniti tetapi kemudian menjalankan aktiviti keagamaan dan dinamakan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).-12/8/2011- OLEH HELME HANAFI

UTAMABERITAAda Orang Melayu Dalam Majlis Di Gereja DUMC Tidak Mengaku Islam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium