Splash bukan milik Kerajaan Persekutuan, tetapi dikuasai oleh pro-Pakatan Harapan - pakdin.my

Elok Azmin Ali dan Hanna Yeoh pergi sekolah dulu sebelum menyalahkan Kerajaan Persekutuan dalam isu Splash.

Pemegang saham Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) ialah Gamuda Bhd (40%), Kumpulan Perangsang Selangor (30%) dan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah melalui The Sweet Water Alliance (30%)

Jika ada sebarang masalah dengan Splash pun ia tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Pusat seperti dakwaan Hanna Yeoh?

Sebaliknya jelas Selangor ada 30% saham dalam Splash. 30% ini satu jumlah yang cukup besar untuk masuk campur dalam pengurusan syarikat. Kecualilah Kumpulan Perangsang pun sudah dijual PKR.

Manakala Tan Sri Wan Azmi dikatakan “close associate” kepada Tun Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim sejak tahun 80-an.

Gamuda pula masih dikuasai oleh Lin Yun Ling . Walaupun KWSP mempunyai saham 10%, namun Yun Ling yang hanya mempunyai 3% saham Gamuda masih menguasai syarikat ini.

Lebih 53% saham syarikat Gamuda dimiliki oleh pemegang-pemegang amanah. Mereka ini memberi kepercayaan kepada Yun Ling menguasai syarikat. Malah tidak mustahil sebahagian besar saham Gamuda masih pegangan Yun Ling melalui pihak ketiga.

Jadi bahagian mana Hanna Yeoh hendak menyalahkan kerajaan Persekutuan dalam hal Splash?

60% saham Splash dikawal secara langsung dan tidak langsung oleh PKR Selangor.

Manakala Yun Lin juga diketahui terbabit dengan Pelan Utama Pengangkutan DAP Pulau Pinang yang bernilai lebih RM40 bilion.

Apa punya YB ini cakap macam pekerja kelab malam saja. ?

Kumpulan Perangsang Selangor ada 30% saham dalam Splash.

Manakala Azmin Ali kata Kerajaan Selangor tiada kuasa dalam Splash.

Sama ada Azmin bodoh, berbohong atau Kumpulan Perangsang Selangor telah dijual.

Sudah-sudah lah menuding jari.

Macam-macam gila di Selangor ini.


Sumber asal: Ab Jalil Backer
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215863618603750&id=1244194023


Rujukan:
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Syarikat_Pengeluar_Air_Sungai_Selangor
https://pakdin.my/tag/krisis-air/

UTAMABERITASplash bukan milik Kerajaan Persekutuan, tetapi dikuasai oleh pro-Pakatan Harapan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium