PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Jawapan Mismah Yang Di Kaitkan Dengan Kontroversi Dapat Kerakyatan 4 Jam

    Seorang warganegara yang hanya dikenali sebagai Mismah kerana didakwa mendapatkan kewarganegaraan dalam tempoh empat jam akhirnya berjaya dijejaki oleh media.

    Dia turut menafikan dakwaan memperoleh kerakyatan dengan mudah yang sebelum ini dikaitkan dengan dirinya, terutamanya oleh pihak pembangkang.

    “Saya ikut peraturan, bukan macam orang cakap,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Sinar Harian hari ini.

    Wanita yang berasal dari Bawaen, Indonesia pada mulanya keberatan ditemubual juga mengakui sedih dengan dakwaan dia mendapat ‘kerakyatan pintu belakang’.

    Nama Mismah menjadi perhatian apabila rekod dalam talian pada 2 Ogos lalu menunjukkannya seorang penduduk tetapi disenaraikan dalam daftar pemilih untuk pilihan raya.

    Sebelum ini pihak pembangkang mendakwa status kerakyatan ibu kepada empat anak itu bertukar daripada kad pengenalan merah (penduduk tetap) kepada biru (warganegara) dalam tempoh empat jam sahaja.

    Beliau juga dikatakan seorang daripada 1,597 individu yang diberi status itu secara tidak mengikut prosedur.

    “Tidak, Itu semua tak betul. Sudah bertahun-tahun saya mohon jadi warganegara Malaysia, bukan empat jam, bukan empat hari, bukan empat minggu,” katanya lapor Sinar Harian pada Jumaat.

    Mismah juga mengakui tidak sedar namanya menjadi sebutan atau menjadi buruan media sehinggalah diberitahu anaknya beberapa hari lalu.

    Mengimbau kisah hidupnya hampir 30 tahun lalu, Mismah berkata, dia masuk secara sah ke Malaysia pada 1982 untuk bekerja sebagai pengangkut simen.

    Selepas itu dia terus memohon status penduduk tetap dan mengejutkan apabila berjaya mendapatkannya pada 17 Julai tahun yang sama.

    Dengan kata lain, Mismah mendapat status itu dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

    “Pada masa itu prosesnya mudah, tak macam sekarang,” katanya yang fasih berbahasa Melayu.

    Bagaimanapun, pengalamannya mendapat kewarnageraan penuh pula menunjukkan pengalaman berbeza apabila terpaksa menunggu 17 tahun – 12 tahun berurusan di Petaling Jaya dan selebihnya di Putrajaya.

    Dilaporkan, mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), permohonan Mismah diluluskan pada 31 Januari tahun ini selepas 29 tahun menjadi penduduk tetap.

    Terkini

    Rasuah permohonan pengesahan taraf warganegara: Dua pegawai KDN antara tiga yang ditahan SPRM

    PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

    Pilihan raya Australia: Anthony Albanese fokus pada isu kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat

    Kemenangan Besar PAP, Menguntungkan Kerjasama Ekonomi Malaysia-Singapura

    Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

    Mahathir menyesali permusuhan dan perseteruan politik dengan Anwar – sama je dua orang ni, dendam tak sudah

    Popular

    [Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

    Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

    PROTON terus catat jualan memberangsangkan

    Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

    China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

    Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Berkaitan