Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

8 Soal Jawab Mengenai GST (FAQ) - pakdin.my

8 Soal Jawab Mengenai GST (FAQ) - pakdin.my

S1: Adakah GST merupakan cukai regresif, iaitu orang miskin juga akan dikenakan cukai lebih tinggi dari orang kaya?

Jawapan: Dari segi pelaksanaannya mungkin ada dikenakan cukai. Bagaimanapun di Malaysia, pelaksanaannya dilakukan dengan mengecualikan beribu item barangan dari dikenakan cukai, dan sementara itu juga BR1M telah diperkenalkan dan kadar bayarannya sentiasa meningkat.

Malahan, cukai pendapatan persendirian juga telah dikurangkan dan distruktur semula di mana pendapatan di bawah RM4,000 sebulan tidak lagi dikenakan cukai.
Mengambil  kira itu juga, pendapatan isi rumah RM3,000 sebulan juga tidak dikenakan cukai – berbanding ketika era Mahathir.

Pendapatan isi rumah ini kebiasaanya digunakan setiap bulan untuk membayar sewaan, utiliti, petrol, pengangkutan awam, bayaran balik pinjaman atau simpanan. Semua ini dikecualikan dari dikenakan GST.

Dalam pada itu, ada juga pendapatan isi rumah akan membelanjakan RM1,000 sebulan ke atas barangan atau perkhidmatan yang dikenakan bayaran GST.
RM1,000 X 6% =RM60 sebulan untuk GST atau RM720 setahun.

Bagaimanapun, isi rumah tersebut layak untuk mendapat BR1M berjumlah RM1,200 setahun.
Bermakna, isi rumah tersebut mendapat tambahan RM480 setahun (RM1,200 tolak RM720)  – dan itu mereka ini dikenakan negatif cukai.

Malahan, faedah yang mereka dapat ini lebih tinggi tidak sebagaimana dengan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebelum ini di mana isu rumah tersebut terpaksa membayar cukai tanpa mereka sedari. Sebagai contohnya, kereta dan alat ganti telah turun harganya di bawah GST berbanding dengan SST di mana pengimport buahan seperti apple atau oren dikenakan 10% cukai jualan tetapi kini telah dihapuskan dan dikecualikan dari GST.

Oleh itu, isi rumah yang berpendapatan rendah sebenarnya mendapat faedah dari sistem GST ini.

Orang kaya pada kebiasaannya akan berbelanja lebih ke atas nilai barangan yang lebih tinggi, makan di luar, hiburan dan lain-lain lagi.. mereka ini sudah pasti akan membayar lebih ke atas GST pada setiap bulan berbanding dengan keluarga yang berpendapatan rendah.

Maka, sistem GST di Malaysia BUKAN sistem yang regresif yang menekan keluarga yang berpendapatan rendah. Ianya adalah sistem yang progresif di mana keluarga yang berpendapatan rendah akan mendapat faedah dan ini sudah tentu membantu dari sudut kesaksamaan pendapatan.

S2: Ada atau tidak yang dianggarkan sebanyak 170 buah negara yang telah menghapuskan GST setelah dilaksanakan?

BACA juga  Dividen KWSP lebih rendah dari kadar faedah Bank semasa Mahathir kerana dirompak

Jawapan: Tidak ada.

S3. Adakah GST sebagai tambahan cukai yang membebankan rakyat?

Jawapan: Di dalam konteks Malaysia dan tidak seperti di lain-lain negara yang melaksanakan GST seperti di UAE dan Arab Saudi, pelaksanaan GST oleh kita ini tidak boleh dianggap sebagai tambahan cukai.

Semasa persediaan untuk GST ini dan pada hari pelaksanaannya, cukai korporat telah dikurangkan dari 28% kepada 24% sementara cukai pendapatan individu juga telah distruktur semula dan dikurangkan dari 28% kepada 24%. Sebagai kesannya, ramai yang di dalam kumpulan pendapatan sederhana kini membayar cukai yang lebih rendah sementara yang berpendapat rendah tidak lagi dikenakan membayar cukai pendapatan individu.

Malahan juga, Cukai Jualan sebanyak 20% dan Cukai Perkhidmatan sebanyak 6% telah dihapuskan sementara BR1M telah diperkenal dan dilaksanakan.

Oleh itu, GST di Malaysia TIDAK BOLEH dianggap sebagai tambahan cukai tetapi sebagai perubahan di dalam sistem pencukaian kita.

Ramai orang hanya melihat kepada aspek GST sahaja tetapi tidak menyedari pengurangan dan penghapusan lain-lain bentuk cukai dan dalam masa yang sama menerima faedah dari pembayaran hasil dari GST.
—-

S4. Saya mendengar bahawa GST adalah “haram” di dalam Islam?

Jawapan: Walaupun saya bukanlah ahli untuk menjawab perkara ini dari sudut agama, tetapi hakikatnya banyak negara-negara telah mempertimbangkan pelaksanaan GST ini termasuk dari negara-negara Islam.

Selain dari Iran yang telah memperkenalkan GST dalam than 2008, Arab Saudi dan UAE kini mulai melaksanakan GST pada tahun 2018 sementara negara Oman, Kuwait dan Bahrain akan melaksanakan GST pada tahun hadapan.

S5. Adakah GST menyebabkan inflasi?

Jawapan: Ya dan Tidak. Bergantung kepada konteks yang anda maksudkan.

Apabila GST diperkenalkan, harga untuk beberapa barangan akan naik sementara kereta, alat ganti dan beberapa barangan elektrik contohnya menurun kerana GST akan menggantikan 10% cukai jualan yang tinggi selama ini.

Di sini ditunjukkan bagaimana harga jualan kereta telah menurun selepas GST diperkenalkan pada bulan April 2015:
http://says.com/my/news/rm10-000-off-a-merc-and-other-car-price-reductions-thanks-to-gst

Sebarang perubahan di dalam percukaian akan menyebabkan inflasi tetapi kesannya hanyalah SEKALI SAHAJA, GST seperti lain-lain percukaian tidak secara sendiri menyebabkan kenaikan mendadak inflasi atau perubahan kadar inflasi selepas tempoh awal pelaksanaannya.

Kini setelah 3 tahun pelaksanaan GST dan bukan lagi kerana GST menjadi penyebab kepada kenaikan inflasi kerana kadar GST tidak meningkat sejak ianya dilaksanakan.

Di sini dilampirkan sebuah artikel yang bagus mengenai kesan jangka panjang GST (atau VAT) ke atas inflasi:  http://www.rediff.com/money/2005/apr/16vat.htm

BACA juga  Aliran keluar dana asing berterusan selepas 19 bulan PH memerintah

Jika anda percaya ianya boleh berlaku, maka anda akan mempercayai bahawa cukai jualan dan perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia sejak berdekad-dekad lalu telah menyebabkan kepada inflasi selama ini. Ini mungkin tidak mustahil.

Sebagaimana yang diterangkan di atas, perubahan di dalam percukaian akan menyebabkan kenaikan satu tahap di dalam inflasi. Di dalam kes Pakatan, mereka bercadang untuk mengekalkan GST tetapi mengurangkannya kepada 0% dan mewujudkan kembali Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan, Cukai warisan dan cukai hasil keuntungan.

Perubahan cukai-cukai baru yang dicadangkan oleh Pakatan akan menyebabkan  sekali lagi kitaran inflasi kepada para peniaga yang akan menggunakannya sebagai alasan untuk menaikkan harga jualan sekali lagi dengan mendakwa mereka terpaksa menanggung cukai-cukai yang baru ini sementara terpaksa membayar cukai pentadbiran bagi mengekalkan GST di dalam sistem.

S6. Jika cukai korporat dan cukai pendapatan individu dikurangkan sementara cukai jualan dan perkhidmatan telah dihapuskan, bagaimana pihak kerajaan mendapat lebih banyak pendapatan berbanding dahulu? Dari mana sumber pendapatan tambahan ini?

Jawapan: Warganegara pembayar cukai yang jujur dan syarikat akan menikmati pengurangan cukai ini.

Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak pernah melaporkan atau melaporkan pendapatan kurang dari sebenar atau korporat sebelum itu, mereka yang menjalankan perniagaan haram (atau disebut sebagai “black economy”) seperti peminjam wang haram, pelacuran, perjudian haram, pelancong atau pekerja asing yang tidak membayar apa-apa cukai pendapatan tidak lagi terlepas dari GST.

Kutipan tambahan ini datangnya dari kumpulan-kumpulan seperti ini.
Adalah adil dan wajar apabila anda berbelanja dan mampu untuk berbelanja maka anda akan membayar GST secara langsung.

S7. Adakah kerajaan menggunakan wang GST untuk menyelamatkan 1MDB/kerajaan/salah urus/rasuah dan lain-lain?
Jawapan:  Sebagaimana yang dijawab pada soalan ke-3. GST tidak boleh dianggap sebagai cukai tambahan tetapi harus dilihat sebagai satu transformasi percukaian yang memberikan manfaat yang meluas bagi meningkatkan daya saing negara, mengurangkan kebocoran subsidi terlindung, mengurangkan pergantungan negara terhadap petroleum, mengurangkan pengelakan cukai, mengurangkan jurang pendapatan serta memastikan bantuan yang sewajarnya hanya diberikan kepada golongan yang memerlukan dan bukannya kepada orang kaya.

Sebagai persediaan untuk melaksanakan GST, cukai korporat telah dikurangkan dari 28% kepada 24% manakala cukai pendapatan peribadi juga disusun semula dan dikurangkan dari 28% kepada 24%.

BACA juga  Penulis blog ekonomi dedah Rafizi kantoi lagi isu kerajaan jual aset

Kumpulan berpendapatan rendah juga dikecualikan untuk membayar sebarang cukai pendapatan peribadi.

Diusamping itu, cukai jualan yang bernilai sehingga 20% serta cukai perkhidmatan sebanyak 6% juga dimansuhkan, manakala BR1M diperkenal serta dinaikkan.

Orang ramai hanya melihat GST tetapi terlupa perngurangan cukai, pemansuhan cukai, pengurangan hasil petroleum serta peningkatan bayaran BR1M kerana GST.

Sebagaimana yang anda lihat melalui jadual tersebut dan mengambil kira kerugian akibat kejatuhan 80% harga minyak dunia sejak 2014, kesan keseluruhan atas perubahan serta pembayaran yang perlu dilakukan kerajaan adalah menghampiri kadar neutral atau negatif.

Anehnya, ahli politik Pakatan sering menyebut jumlah kutipan GST sebanyak RM40 bilion, namun tidak menyentuh kerugian hasil petroleum RM40 bilion, kerugian RM10 bilion hasil dari pengurangan cukai pendapatan korporat dan peribadi, kerugian RM18 bilion dari cukai jualan dan servis mahupun RM7 bilion yang dibayar melalui BR1M.

Walaupun ada pertumbuhan KDNK positif berterusan, perubahan ini merupakan sebab mengapa jumlah pendapatan tahunan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2015, 2016 dan 2017 berada dalam lingkungan RM220 bilion hingga RM230 bilion – hampir sama dengan hasil RM220 bilion yang dikutip kerajaan pada tahun 2014 sebelum GST dilaksanakan.

Memandangkan jumlah pendapatan kerajaan tetap sama, persoalan GST dijadikan wang tambahan untuk menyelamatkan apa-apa perkara tidak seharusnya timbul sama sekali.

Lebih lagipun, kalau benar-benar kerajaan perlu wang untuk “bail-out”, lebih senang untuk ambil dari Petronas begitu sahaja seperti Tun Mahathir menggunakan wang Petronas sesuka hati bila dia memerintah.

Pada akhir tahun 2017, Petronas ada baki wang tunai RM128.2 billion.
http://www.petronas.com.my/investor-relations/Documents/financial-report/Financial%20Report%20Financial%20Year%20Ended%2031%20December%202017%20(FY2017).pdf

Tetapi, PM Najib Razak tidak sama dengan Tun Mahathir dan tidak mengusik wang Petronas kerana ingin Petronas menggunakan wang mereka untuk memperkembangkan bidang mereka.
——

S8. Kerajaan tidak telus dalam menunjukkan bagaimana wang GST dibelanjakan.
Jawapan: Hasil GST dianggap sama seperti mana-mana kutipan lain kerjaan termasuk cukai korporat, cukai pendapatan, duti, pendapatan petroleum, dividen yang diterima – ini bermaksud ia diletakkan di dalam dana yang disatukan kerajaan.

Pendapatan GST tidak diasingkan dan tidak dibelanjakan secara berasingan.

Bagaimana kerajaan membelanjakan dana yang telah disatukan (termasuk hasil GST) itu diperincikan setiap tahun di dalam belanjawan dan diaudit oleh Ketua Audit negara.

————–
Sumber:
http://www.bnsc.my/2018/03/8-soal-jawab-mengenai-gst-faq.html?m=1

https://pakdin.my/tag/gst/

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah. Reaksi spontan...

Siapa Lim Kit Siang?

#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih Lim Kit Siang yg lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia ditahun 1957. Mereka dapat ehsan dari...

Sairah mati dibunuh – Polis

KENINGAU: Sairah Fitri Tifanus, 20, penuntut kolej swasta yang ditemui mati dalam tandas di Pejabat Daerah Keningau semalam, disahkan mati akibat dibunuh. Ia susulan laporan...

KEBENARAN PERISTIWA 13 MEI – RENUNGKANLAH

PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU Petikan Hansard Dewan Rakyat 28 Oktober 2010, 3.53 ptg. Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah... [Membaca sepotong doa]

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf. 2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan...

[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan

Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165679

TERKINI

[VIDEO] Rumah terbakar, wanita warga emas ditemukan rentung

Maklumat awal daripada pemanggil terdapat mangsa dalam rumah tersebut. Mangsa kemudian dijumpai rentung di bawah runtuhan rumah berkenaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165699

PRN: Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai – Ahmad

"Saya hanya mencadangkan sebab dia penyandang di kawasan dia. Keputusan terletak pada parti untuk menentukan... kita kata mencadangkan (bukan umum dia calon) BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165690

[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan

Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165679

PRN Pulau Pinang: Pengagihan kerusi PH-BN 95 peratus selesai

Saya percaya esok merupakan rundingan ketiga dan terakhir...kalau tiada keputusan, kita mungkin perlu serah kepada Majlis Presiden. Kita bermesyuarat di Kuala Lumpur kerana rundingan sudah dibawa ke peringkat pusat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165669

PRN: PH, BN Selangor selesai runding agihan 49 kerusi DUN

Jadi perkara ini dalam perbincangan. Tidak ada unsur lebih ataupun kurang tetapi sepatutnya semua perlu melihat kepada kaedah kemenangan berbanding kuota dan sebagainya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165659

Dua beranak paut tong ikan 11 jam

Dua beranak itu keluar dari Jeti Kancung Laut dengan menaiki sebuah bot, kira-kira pukul 5 petang semalam, namun bot mangsa karam akibat dipukul ribut kira-kira pukul 3.15 pagi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165649

Masalah kesihatan mental bertambah teruk kerana media sosial

Gangguan yang kami terima agak hebat. Ramai warga maya yang mengecam kami menerusi media sosial BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165640

Chong Wei, Lin Dan, layak berada di dewan kemasyhuran – BWF

BWF, dalam kenyataan hari ini, menegaskan bahawa kedua-dua pemain itu berhak mendapat pengiktirafan yang diberikan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165632