Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ditemuduga selama 30 minit oleh pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, Jumaat.
Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 2:55 petang dan menuju terus ke aras 7 untuk di temubual oleh peguam Karpal Singh, Datuk Param Cumarasamu dan S.N Nair.
Perdana Menteri dan Isteri dilihat keluar dari perkarangan Kompleks Mahkamah pada jam 3:28 petang.
Turut hadir untuk ditemubual adalah pemilik kondo tempat kejadian liwat Hasanuddin Abd Hamid dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof.