#MalaysiaBaru: Sekolah Tahfiz & Lain-Lain Sistem Perlu Dimansuhkan – Abdul Ghani Abdul Aziz

Untuk membina Bangsa Malaysia, sistem pengajian seperti sekolah Tahfiz, vernakular dan lain-lainnya, perlu dihapuskan. Demikian menurut Lt. Gen. Tan Sri Abdul Ghani Aziz (B). Ia berdasarkan kepada keterujaan yang ditunjukkan selepas PRU

“Kelihatan seperti sekarang ini, kita punyai kesempatan untuk membina Bangsa Malaysia yang buta kepada bangsa, etnik dan agama.”

Ini kerana menurutnya, 17 tahun pertama di dalam kehidupan seseorang itu, adalah merupakan tempoh yang paling penting dalam pembentukan sahsiah kerana pendedahan yang diterima mereka akan menentukan keperibadian, sentimen dan prejudis mereka juga.

Ia hanya boleh dicapai sekiranya semua anak-anak uang berusia tujuh ke 17 tahun membesar secara bersama dengan belajar di sekolah yang sama di mana mereka boleh belajar untuk berinteraksi, belajar dan bermain secara bersama. Sepertimana kata pepatah Melayu, “tak kenal maka tak cinta”.

Menurutnya lagi, semua sistem sekolah yang lain, tidak kira sama ada sekolah tahfiz atau vernakular, ianya perlu dimansuhkan. Malaysia perlu mempunyai sistem satu sekolah seperti yang kita lihat wujud di Indonesia, Thailand dan sebagainya.

Kewujudan sistem unik di Malaysia yang membenarkan kewujudan sekolah vernakular secara bersama dengan sekolah kebangsaan yang lain, tidak mempromosikan kesatuan kebangsaan.

Cadangan-cadangan ini termasuk cadangan sistem satu sekolah yang membantu pengajaran beberapa bahasa seperti Arab, Tamil, Cina dan lain-lain dibuat Lt. Gen. Tan Sri Abdul Ghani Aziz (R) TUDM dalam penulisannya yang diterbitkan oleh akhbar The Star sebelum ini.
https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2018/05/18/bold-move-needed-to-forge-bangsa-malaysia/#hVbhxscUtIBFoicg.99

———————-
Sumber:
https://www.menara.my/sekolah-tahfiz-lain-lain-sistem-perlu-dimansuhkan-abdul-ghani-abdul-aziz/

Kategori:

MENARIK

BERKAITAN

TERKINI

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...