Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONALPAS Ubah Nada -...

PAS Ubah Nada – Belum Bertemu JAIS - pakdin.my

Jika minggu lalu PAS enggan menyatakan pendirian parti itu dalam kontroversi isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Damansara Utama selagi belum bertemu pihak JAIS dan gereja terbabit, petang Sabtu, pucuk pimpinan parti itu sudah mula tukar nada.

 Barangkali kerana asakan dan pendedahan bukti mengenai usaha memurtadkan orang Islam oleh pihak Kristian serta sokongan Dewan Pemuda PAS Pusat kepada tindkan JAIS itu, PAS  menyatakan pendirian rasmi selepas mesyuarat Biro Politiknya petang tadi.

PAS berpendirian bahawa jika ada bukti, JAIS hendaklah segera mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba memurtadkan orang Islam mengikut undang-undang atau enakmen Islam yang ada.

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam sidang media selepas mesyuarat hampir  dua jam  di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Keputusan itu katanya, selari dengan kedudukan parti itu yang diasaskan mengikut prinsip Islam.

Malah katanya, PAS tidak akan berkompromi dalam isu-isu yang menyentuh hal ehwal Islam.

“PAS sebuah parti Islam. Perlembagaan kami meletakkan dasar PAS adalah Islam…rujukan utama al-Quran dan Sunnah.

“Keutamaan PAS adalah mempertahankan kesucian Islam, tiada kompromi apabila ia berhadapan untuk mempertahankan akidah Islam,” kata Mohamad.

Katanya, PAS tetap dengan keputusan sedia berjumpa pihak gereja dan JAIS bagi mendapatkan gambaran isu kontroversi  di Selangor itu.

Menurut Mohamad, PAS mengambil pendirian jika JAIS ada bukti, jabatan itui hendaklah mengambil tindakan segera terhadap pihak yang cuba memurtadkan orang Islam.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengesahkan parti itu akan berjumpa dengan pihak geraja pada Selasa ini manakala pertemuan dengan JAIS belum dapat diputuskan kerana jabatan itu dalam proses siasatan dan menyiapkan laporan.

Berhubung dengan pendirian terbaru PAS dalam isu itu, beliau menjelaskan, ini mengambilkira   pertemuan dengan JAIS  akan mengambil masa.

Sebenarnya, tidak hairan PAS berubah nada kerana parti itu mungkin sudah terdesak jika terus berdiam diri dalam isu tersebut sedangkan pelbaai pihak menhyatakan sokongan terhadap usaha JAIS itu.

Apatah lagi sebagai parti yang mendakwa memperjuangan dasar-dasar Islam, PAS boleh hilang sokongan dan pengaruh dikalangan penyokong-penyokong jika dilihat cuba memihak kepada sekutu mereka dalam pembangkang iaitu  DAP dan PKR.

Pendirian terbaru ini sekali gus memperlihatkan kenyataan Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menyokong JAIS melaksanakan pemeriksaan tersebut ada benarnya.

Ianya juga mungkin ambil kira sokongan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi kepada JAIS.

Bagaimanapun, pemimpin PAS yang terpaksa menelan pahit isu ini adalah ahli parlimern PAS Shah Alam, Khalid Samad yang menuduh tindakan JAIS itu ada kaitan dengan UMNO bagi menutup isu perhimpunan Bersih.

Selain  itu, bukan sesuatu yang menghairankan kerana ramai maklum pertembungan Dr Hasan dengan Khalid.

Sekaligus ada pemimpin PAS yang lain melihat ini adalah isu negeri Selangor dan masalah peribadi kedua-dua mereka sahaja.

Namun, kerana Dr Hasan dan Khalid pemimpin PAS, mahu atau tidak, PAS Pusat perlu bersuara menyatakan pendiriannya walaupun tindakan itu ibarat sudah terantuk baru tengadah.-13/8/2011 AGENDADAILY

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kangar dilanda ribut, rumah dan gerai bazar Ramadan rosak

Tinjauan mendapati, banyak premis jualan makanan dan minuman serta premis menjual pakaian bagi menyambut Aidilfitri rosak selepas bumbung dan gerai mereka diterbangkan angin ribut. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163010

Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang" telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162999

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987

[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162976

Isteri maut, suami kritikal keracunan makan ikan buntal

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162963

[VIDEO] Pelukis pelan didakwa hantar komunikasi jelik

Muhammad Firdaus Embong, 39, selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan aplikasi Facebook 'Firdaus Embong' untuk membuat dan memulakan penghantaran komunikasi berbentuk gambar dan teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakiti hati orang lain BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162952

[VIDEO] Detik-detik kubah Masjid Tifatul runtuh ketika Salat Tarawih, 14 Jemaah cedera

Akibatnya, sekurang-kurangnya 14 mangsa dcedera dan 5 daripadanya dikejarkan ke hospital berhampiran, akibat kecederaan parah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162939

[VIDEO] Mahkamah Rayuan benar permohonan Ahmad Zahid dapatkan pasport secara kekal

Menerusi afidavit sokongan, Ahmad Zahid berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dan salah dalam menggunakan budi bicara ketika menolak permohonannya untuk mendapatkan dokumen itu secara kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162928

[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid

Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162918

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

Sementara itu, puting beliung melanda Desa Lubuk Begalung di Lakitan Nagari Selatan, Kecamatan Lengayang, Kabupaten Pesisir Selatan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162896

[VIDEO] APMM Kelantan tahan empat bot, 31 nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

Keempat-empat bot juga tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162883