Penafian PEMANDU retorik – MTEM akan jelaskan kepada PM - pakdin.my

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyifatkan penafian Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) berkaitan isu peminggiran usahawan Bumiputera, sebagai retorik dan gagal memberi angka sebenar.

Ahli Jawatankuasa MTEM, Datuk Seri Mohd Nasir Abu Hassan, berkata ini kerana setakat ini 500,000 ahli mewakili 62 NGO yang bergabung di bawah MTEM tidak menerima sebarang faedah daripada PEMANDU.

“Perkara ini yang akan kami jelaskan kepada Perdana Menteri apabila mengadakan pertemuan nanti dan kami harap akan turut menerima penjelasan lengkap daripada Idris Jala (Menteri di Jabatan Perdana Menteri),” katanya ketika dihubungi.

Kelmarin, MTEM mengeluarkan kenyataan akhbar yang mendesak Idris Jala meletak jawatan kerana majoriti usahawan Melayu hilang keyakinan terhadap kepemimpinan PEMANDU yang didakwa gagal membantu mereka.

Bagaimanapun, PEMANDU menafikan ia mengenepikan usahawan Bumiputera dalam menggubal Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) berlandaskan Model Baru Ekonomi (MBE) yang dilaksanakan menerusi 12 makmal Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebelum ini.

Laporan media memetik sumber PEMANDU sebagai berkata, sebanyak 500 pihak berkepentingan dijemput memberi cadangan dalam makmal berkenaan yang membabitkan 11 makmal berkaitan ekonomi dan satu makmal berhubung projek Greater Kuala Lumpur (GKL).

Mohd Nasir berkata, memang ada di kalangan ahli di bawah gabungan MTEM menyertai makmal ETP tahun lalu, tetapi ia hanya untuk mendapat maklum balas.

“Jika bercakap mengenai pelaksanaan, kami mahu tahu berapa ramai usahawan Bumiputera mendapat faedah daripada projek yang dilaksanakan setakat ini,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini ETP sudah membuat enam pengumuman menjanjikan pelaburan bernilai RM170 bilion, membabitkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) RM220 bilion melalui 87 projek di dalam 65 ETP yang dijadual mencipta 362,400 peluang pekerjaan.

Persoalannya, berapa ramai usahawan Bumiputera mendapat projek terbabit dan berapa jumlahnya.

“Setakat ini, majoriti usahawan Bumiputera tidak mendapat sebarang projek. Contohnya, projek MRT tidak mempunyai program yang boleh mem-
bina kapasiti kontraktor Melayu. Projek bernilai RM36 bilion yang hanya berlaku sekali dua dalam tempoh 10 tahun sebenarnya jika dirancang boleh disertai ramai kontraktor Melayu.

“Tapi PEMANDU yang risau dan beranggapan kami tidak mempunyai kualiti dan nilai keselamatan, telah meletak pelbagai halangan sekali gus membuatkan kontraktor Melayu tidak dapat menyertai projek penting ini,” kata Mohd Nasir.

UTAMABERITAPenafian PEMANDU retorik - MTEM akan jelaskan kepada PM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium