[Video] Tommy Thomas ditegur tidak guna Bahasa Malaysia dalam mahkamah, sidang media batal - pakdin.my

#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi

Bangla 4 bulan sampai Malaysia pun fasih berbahasa Melayu inikan pula Peguam Negara yanga antara syarat berkhidmat mesti lulus dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Peguam Negara Tommy Thomas terpaksa membatalkan sidang akhbar yang dijadualkan akan berlansung susulan penyokong Datuk Seri Mohd Najib Razak mula bertindak agresif di lobby dan diluar kawasan mahkamah hari ini, kerana mengunakan bahasa Inggeris di dalam mahkamah.

Kumpulan itu mula berteriakan apabila melihat kelibat Tommy berada di lobby kompleks Mahkamah Kuala Lupur untuk tujuan sidang media tenghari ini.

Kebanyakan mereka mengecam beliau kerana sidang media itu pastinya akan dilakukan dalam Bahasa Inggeris, penyokong mula berteriakan untuk mendesak Tommy bercakap bahasa Melayu.

Thomas sebelum ini memohon kebenaran mahkamah untuk meneruskan pendakwaan bekas perdana menteri itu dalam bahasa Inggeris.

Sebelum ini AG mengakui akan kelemahannya dalam penguasaan bahasa Melayu.

Orang ramai mengejeknya berulang kali, dengan beberapa mempersoalkan kewarganegaraannya kerana tidak fasih berbahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

“Guna Bahasa Malaysia…duduk Malaysia bahasa Melaysia pun tak boleh cakap!,” teriakan salah seorang penyokong lantas disambut teriakan yang berulang-ulang: “Melayu,Melayu, Melayu’ dikalangan penyokong yang berada di lobi.

Thomas hanya berdiri dan tersenyum memandang sekitar dengan mengharapkan keadaan penyokong reda bagi beliau meneruskan sidang media, tetapi akhirnya beliau mengambil keputusan membatalkan sidang media apabila mendapati keadaan penyokong yang semakin gelisah.


 


Lihat video:
https://youtu.be/KpJDGf9jbOc


Rujukan:
https://pakdin.my/majlis-peguam-pasukan-petugas-khas-1mdb-tidak-mempunyai-hak-untuk-mengarahkan-penahanan-najib/

https://pakdin.my/7-pekara-kenapa-tommy-thomas-tidak-layak-menjadi-peguam-negara/
https://pakdin.my/tag/tommy-thomas/

UTAMABERITA Tommy Thomas ditegur tidak guna Bahasa Malaysia dalam mahkamah, sidang media...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium