Tindakan peguam Najib memohon larangan sementara terhadap media tepat sekali - pakdin.my

#RuleOfLawRimba #KerajaanTomato #DosaDosaMahathir #PakatanHipokrit #AGTakTahuBahasaMelayu #DakwaDuluBuktiKemudian #PendakwaanPersepsi

Tindakan Muhammad Shafee mengemukakan permohonan agar mahkhamah mengeluarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes melibatkan bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak adalah tepat sekali.

Perbicaraan belum bermula sehingga tahun hadapan, bukti masih belum dikemukakan dan tiada sebarang dokumen diberikan kepada pihak pembelaan maka permohonan pasukan pembelaan adalah menasabah. Ini bagi mengelak perbicaraan awam berlaku terutama di media sosial.

#KerajaanTomato yang mungkin mahu menjadikan pendakwaan ini sebagai permainan politik mungkin terkedu. Ini dapat digambarkan dengan tindak balas Peguam Negara yang melahirkan rasa terkejut dengan permohonan tersebut, seolah-olah tiada hak dipihak yang didakwa untuk memohon perintah larangan sementara tersebut.

————————-
‘Perintah larangan sementara supaya tiada komen prejudis’

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan perintah larangan sementara bagi menghalang media daripada melaporkan berhubung merit kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abdul Razak membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujah peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib dan Peguam Negara, Tommy Thomas.

Mahkamah memerintahkan perintah itu berjalan sehingga 8 Oktober sebelum Muhammad Shafee membuat permohonan rasmi berhubung isu itu pada tarikh sama.

Terdahulu, Muhammad Shafee mengemukakan permohonan itu atas alasan anak gumanya menghadapi ‘perbicaraan’ oleh media sejak beliau bukan lagi Perdana Menteri.

“Orang awam membuat kenyataan seolah-olah Najib sudah didapati bersalah. Saya memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya tiada perbincangan di media berhubung merit kes itu.

“Perintah menghalang ini perlu bagi memastikan anak guam saya mendapat perbicaraan adil. Ia juga bagi mengawal penyebaran dokumen mahkamah dan merit kes sehingga boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam perbicaraan,” katanya.

Sementara itu, Thomas membantah kerana permohonan seumpama itu belum pernah dikemukakan sebelum ini dan ia menafikan kebebasan bersuara rakyat Malaysia.


Rujukan:
https://pakdin.my/majlis-peguam-pasukan-petugas-khas-1mdb-tidak-mempunyai-hak-untuk-mengarahkan-penahanan-najib/

https://pakdin.my/7-pekara-kenapa-tommy-thomas-tidak-layak-menjadi-peguam-negara/

https://pakdin.my/tag/tommy-thomas/

UTAMABERITATindakan peguam Najib memohon larangan sementara terhadap media tepat sekali

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium