‘Surat CIA’ tiada kaitan dengan Najib, kata bekas ketua perisikan - pakdin.my

Bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (ME10) Datuk Hasanah Abdul Hamid hari ini memfailkan laporan polis mengenai dakwaan bahawa beliau menulis surat kepada CIA menjelang pilihan raya umum 9 Mei.

Hasanah membuat laporan di balai polis Travers di Kuala Lumpur pada jam 1 petang hari ini.

Beliau menghabiskan kira-kira satu jam memfailkan laporan tersebut, dengan disertai oleh peguamnya, Shaharudin Ali dan Khairul Azam.

Ditanya mengenai laporan itu, Hasanah hanya mengulas bahawa “surat itu tidak ada kaitan dengan (bekas perdana menteri, Datuk Seri) Najib (Razak)”.

Hasanah juga memohon kepada Malaysiakini agar tidak memaparkan wajahnya.

Pasukan peguamnya dijangka mengadakan sidang media di pejabat firma mereka di Sentul, lewat petang ini, tetapi Hasanah tidak akan hadir untuk menjawab soalan daripada media.

Ini kali pertama Hasanah membuat penampilan dan bertindak susulan laporan berita yang mengaitkan suratnya kepada Pengarah CIA, Gina Haspel meminta kerajaan Amerika Syarikat menyokong Najib dan BN jika “menang tipis” pada pilihan raya umum ke-14.

Surat berkenaan juga menggambarkan Najib sebagai pemimpin progresif yang menyokong AS, manakala Dr Mahathir Mohamad digambarkan sebagai “anti-Barat”.

Najib bagaimanapun menafikan mengetahui kewujudan surat itu mahupun dakwaan memberi arahan kepada Hasanah untuk menulis surat itu.

Malah, kata bekas perdana menteri, perkara seumpama itu adalah rahsia kerajaan.

…….
https://pakdin.my/tag/cia

UTAMAPOLITIK'Surat CIA' tiada kaitan dengan Najib, kata bekas ketua perisikan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium