Isu SUK baru: Tindakan MB tidak wajar – Sultan Selangor - pakdin.my

KUALA LUMPUR 4 Jan. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk berbincang dan memilih calon-calon lain bagi jawatan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri setelah calon dilantik adalah tidak wajar.

Ini kerana, titah baginda, tindakan sebegitu boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik, di samping mewujudkan suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor.

Baginda bertitah demikian dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani hari ini.

Menurut Mohamad Munir, Sultan Selangor telah memerintahkan Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon sebelum calon-calon dipersembahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada baginda.

“Bukannya berbincang selepas jawatan SUK Selangor telah diperkenankan oleh baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan.

“Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa pelantikan SUK Negeri kepada Sultan Selangor, baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapatkan perkenan baginda terlebih dahulu,” jelas Mohamad Munir. – Utusan

UTAMABERITAIsu SUK baru: Tindakan MB tidak wajar – Sultan Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium