UMNO perlu kuasai media baru untuk tangkis fitnah - pakdin.my

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — Anggota Umno perlu menguasai kemahiran dalam dunia siber terutama berkaitan media baru bagi menangkis secara efektif segala tohmahan dan fitnah pihak tertentu terhadap parti itu dan kerajaan, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kemahiran seperti itu amat penting bagi mengubah sebarang persepsi negatif masyarakat terhadap Umno dan kerajaan yang cuba dibawa pihak tertentu menerusi media baru.

“Kalau kita tidak menguasainya kita akan tertinggal kerana orang muda akan membaca apa yang ditulis,” katanya selepas menghadiri wacana politik bertajuk “Pembentukan Persepsi Politik” anjuran Jabatan Penerangan Umno di sini Isnin.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata kerajaan memandang serius terhadap persepsi negatif masyarakat terhadap setiap tindakan kerajaan dan sentiasa mengambil tindakan untuk memperbetulkan.

Mengenai wacana politik itu, beliau berkata ia merupakan satu pembaharuan yang dibawa oleh Umno bagi meningkatkan pengetahuan anggotanya dalam pelbagai bidang politik menerusi pembentangan idea oleh pakar-pakar.

Datuk Ahmad Maslan: Pemimpin UMNO juga kena rajin luangkan masa bertemu dengan blogger UMNO untuk mereka dapatkan input. Jangan pandang blogger UMNO atau yang bersimpati dgn UMNO sebagai blogger lekeh.

Soalan dari saya “Adakah Penerangan UMNO Malaysia menyediakan pengkalan data (database) blogger UMNO atau yang bersimpati/pro UMNO?”

UTAMABERITAUMNO perlu kuasai media baru untuk tangkis fitnah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium