Bekas Ketua Audit Negara, Ambrin sedia jadi saksi siasatan semula 1MDB - pakdin.my

Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang menyatakan kesediaannya menjadi saksi berhubung siasatan semula skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ambrin yang dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas Isu-Isu Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara di Kementerian Kewangan, berkata beliau akan memberi kerjasama penuh berhubung kes terbabit.

“Kita punya laporan (Laporan Ketua Audit Negara) itu juga telah digunakan sebagai asas kepada siasatan lanjut (skandal 1MDB). Kalau kerajaan bawa kes ke mahkamah dan saya dipanggil menjadi saksi, saya akan bekerjasama,” katanya ketika ditemui selepas majlis sambutan ambang Maal Hijrah 1440 negeri Selangor di sini malam tadi.

Terdahulu pada majlis itu, Ambrin menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1440 negeri Selangor yang disampaikan oleh Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah.

Pada Ogos lepas, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul supaya ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara menyiasat semula penyelewengan dan skandal 1MDB serta syarikat berkaitan dengannya.

Usul itu dibentang oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mencadangkan siasatan dibuat supaya maruah Dewan Rakyat dapat dipulihkan manakala segala maklumat berkaitan harus didedahkan kepada umum.

LIHAT Video: https://www.youtube.com/watch?v=nMtspFk8M8E

…………..

1MDB: Tony Pua Mengelirukan Orang Ramai Dan Melakukan Sabotaj Ekonomi
https://pakdin.my/?p=774983

Ikhlas nak siasat 1MDB atau nak berpolitik? – Dr. Tan Seng Giaw
https://pakdin.my/?p=76952

https://pakdin.my/tag/ketua-audit-negara

https://pakdin.my/tag/pac

https://pakdin.my/tag/1mdb

UTAMAPOLITIKBekas Ketua Audit Negara, Ambrin sedia jadi saksi siasatan semula 1MDB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium