Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaMengawal Diabetes Semasa Ramadan

Mengawal Diabetes Semasa Ramadan - pakdin.my

Malaysia merekodkan antara peratusan tertinggi di dunia bilangan individu penghidap diabetes yang berpuasa di bulan Ramadan dan mereka ialah dari kalangan 1.2 juta umat Islam yang menghidap diabetes.

Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin, Ketua Unit Endokrin dan Pakar Runding Endokrin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), berkata menurut kajian, individu penghidap diabetes jenis 1 mampu berpuasa selama purata 23 hari manakala penghidap diabetes jenis 2 berpuasa selama purata 27 hari di bulan Ramadan.

Bagaimanapun beliau mengakui bahawa kebanyakan orang Islam di Malaysia boleh melakukan ibadah ini walaupun didiagnosis dengan diabetes serta komplikasinya.

Mempunyai diabetes bermaksud seseorang itu hendaklah sentiasa berhati-hati dengan kadar gula dalam darah atau mereka mungkin mengalami tahap gula dalam darah yang tinggi, dikenali sebagai hiperglisemia yang mungkin menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan. Individu yang mempunyai diabetes lazimnya mengalami tahap gula dalam darah yang naik turun iaitu sama ada tinggi (menyebabkan hiperglisemia) atau rendah (menyebabkan hipoglisemia).

Ketidakupayaan untuk menghasilkan kandungan gula dalam darah dengan cukup untuk mengawal hormon yang dikenali sebagai insulin merupakan penyebab utama penyakit ini.

PENGURUSAN RUMIT DIABETES

Prof Dr Nor Azmi mengingatkan bahawa pengurusan diabetes yang rumit menjadi semakin ketara bagi orang Islam semasa bulan puasa kerana perubahan diet bagi masa pengambilan dan mendapatkan makanan harian boleh menyebabkan masalah untuk mengekalkan keupayaan tubuh mengawal kadar gula dalam darah.

Dalam penulisannya yang memberi tumpuan kepada bagaimana menguruskan diabetes semasa Ramadan, beliau menjelaskan bahawa pada hari biasa, individu yang mempunyai diabetes akan mengambil suntikan insulin atau pil antibiotik melalui mulut pada waktu pagi, tengah hari dan malam selepas makan.

Kitaran rawatan ini terhalang dalam tempoh 14 jam semasa berpuasa, membolehkan hanya dua suntikan insulin diambil setiap hari, sekali semasa sahur dan sekali lagi semasa berbuka puasa.

Tempoh panjang di antara waktu makan menyebabkan peningkatan risiko hipoglisemia dan makan secara berlebihan semasa berbuka puasa boleh mendatangkan komplikasi, dengan risiko hiperglisemia walaupun mengambil ubat atau insulin, katanya.

Untuk mencegahnya, Prof Dr Nor Azmi mencadangkan individu yang mempunyai diabetes untuk memeriksa tahap gula dalam darah dalam tempoh kritikal ini bagi mengelakkan komplikasi lanjut, iaitu sebelum sahur pada waktu pagi, dua jam selepas sahur, sekurang-kurangnya dua jam atau sebaik selepas berbuka puasa dan dua jam selepas berbuka puasa.

Bagaimanapun langkah berjaga-jaga ini tidak semestinya menjamin bahawa semuanya terkawal bagi orang Islam yang mengalami diabetes. Oleh itu Prof Dr Nor Azmi tidak menggalakkan mereka yang mempunyai diabetes untuk berpuasa di bulan Ramadan jika mereka tidak mampu mengawal penyakit mereka dan tidak boleh mengikuti diet yang baik dan nasihat perubatan.

Penghidap diabetes Islam yang mengalami sebarang komplikasi jantung pada waktu terdekat serta tekanan darah yang tidak terkawal juga tidak digalakkan berpuasa serta mereka yang selalu mengalami ketoasidosis diabetes atau keadaan hipoglisemia dan mereka yang mengalami sebarang bentuk jangkitan yang belum sembuh sepenuhnya.

Prof Dr Nor Azmi juga tidak menggalakkan warga emas penghidap diabetes yang tinggal sendirian untuk berpuasa, wanita mengandung yang memerlukan suntikan insulin secara kerap atau kanak-kanak diabetes di bawah umur 12 tahun.

RUJUK DOKTOR ANDA

Bagaimanapun beliau menasihatkan orang Islam yang mengalami diabetes dan mahu berpuasa di bulan Ramadan supaya melakukannya dengan syarat mereka mendapatkan nasihat doktor dan faham dengan jelas berkenaan risiko kesihatan yang terlibat serta cara untuk mengelakkannya.

Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin menegaskan bahawa kekurangan pengurusan diabetes yang baik semasa Ramadan meningkatkan gejala diabetes dengan teruk iaitu dilaporkan 14.1 peratus peningkatan dalam kes komplikasi berkaitan diabetes.

“Pesakit boleh meminimumkan risiko dengan belajar cara mengenal pasti dan meneliti komplikasi yang biasanya dikaitkan dengan penyakit berkenaan iaitu hipoglisemia, hiperglisemia, dehidrasi.

Gejala hipoglisemia ialah palpitasi, disorientasi dan kebimbangan tidak terkawal, menggigil dan perpeluhan tidak terkawal, kulit menjadi pucat, berasa lesu dan lapar berlebihan.

Mereka yang mengalami hiperglisemia akan menghadapi gejala seperti kerap membuang air kecil, dahaga berlebihan dan tidak bermaya manakala dehidrasi menunjukkan gejala seperti tidak berupaya memberi tumpuan, dahaga berlebihan, kulit dan lidah menjadi kering, kehilangan berat badan secara berlebihan dalam satu hari iaitu melebihi tiga peratus daripada berat badan.

Beliau turut menasihatkan orang Islam yang diabetes supaya memerhati gejala penyakit ini dengan kerap dan membuat perubahan dalam diet mereka.

Memandangkan pengambilan makanan di bulan Ramadan tidak jauh berbeza daripada makanan diet seimbang biasa, sedikit perubahan akan membantu mengurangkan risiko sebarang komplikasi yang berpunca daripada penyakit ini,” katanya.

ELAKKAN MASALAH

Bagi mengelakkan komplikasi dalam tempoh 14 jam (5.30 pagi hingga 7.30 malam) tanpa makanan, Prof Dr Nor Azmi menggalakkan pesakit untuk menghidratkan semula diri mereka melalui pengambilan air yang mencukupi dan mengelakkan pengambilan glukos atau makanan berasaskan karbohidrat secara berlebihan semasa berbuka puasa.

Ada beberapa langkah mudah lain yang boleh dilakukan. Sebagai contoh, pengambilan makanan yang kaya dengan karbohidrat dalam jumlah besar serta lemak pada waktu makan berbuka puasa, hendaklah dikawal.

Sebaliknya, pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks digalakkan pada waktu Subuh kerana lambat dihadamkan dan diserap, dan makanan yang mengandungi amaun karbohidrat ringkas yang sederhana dicadangkan sepenuhnya untuk diambil pada waktu petang atau berbuka, katanya.

Daripada sejumlah pilihan rawatan yang terdapat untuk diabetes jenis 2 semasa Ramadan, Prof Dr Nor Azmi menarik perhatian kepada rawatan baharu dan menarik bagi jenis terapi berasaskan incretin iaitu GLP-1 agonis. GLP-1 agonis (glukagon – seperti peptida) merupakan hormon dalam perut yang dihasilkan secara semula jadi dan memainkan peranan penting bagi mengekalkan tahap glukosa pada individu yang sihat.

Berita baiknya ialah GLP-1 agonis mengurangkan glukosa dalam darah hanya pada tahap tinggi seterusnya mencegah risiko hipoglisemia, dan ia, seperti exetinade dan liraglutide, boleh merendahkan tahap glukosa dalam darah secara signifikan tanpa banyak risiko hipoglisemia.

Prof Dr Nor Azmi menerangkan bahawa disebabkan tindakan unik perut dan kawalan daripada menjadi terlalu kenyang, GLP-1 agonis turut mengurangkan berat badan dan merupakan suatu manfaat tambahan kerana kebanyakan penghidap diabetes jenis 2 biasanya terlebih berat atau obes.

“Daripada hanya satu pilihan yang boleh didapati pada waktu dulu, kini berubah dengan adanya GLP-1 agonis, bermakna tiada keperluan untuk menukar dos dalam bulan Ramadan kerana risiko hipoglisemia adalah minimum,” tegasnya.

Prof Dr Nor Azmi mencadangkan bahawa dalam banyak rawatan konvensional diabetes, metformin paling selamat, kerana memberi risiko rendah hipoglisemia.

Perencat DPPIV baharu (pelbagai gliptin), katanya, boleh didapati dalam bentuk pil untuk ditelan dan mampu mengurangkan glukosa dalam darah secara sederhana, dengan risiko hipoglisemia yang kurang berbanding insulin manusia.

TIP TAMBAHAN

Beberapa tip tambahan yang dicadangkan Prof Dr Nor Azmi untuk penghidap diabetes sepanjang Ramadan ialah mereka hendaklah memastikan pengambilan makan yang mencukupi semasa waktu sahur, jangan melambatkan masa berbuka puasa, makan ubat yang relevan seperti dicadangkan dan elakkan makan berlebihan semasa berbuka puasa.

Beliau turut menasihatkan mereka supaya berusaha untuk memeriksa tahap gula secara kerap dan mempunyai pengetahuan asas terhadap kandungan gula dan kalori sebarang makanan sebelum makan.

Kewajipan berpuasa boleh dijalankan dengan lebih mudah dan selesa bagi orang Islam jika langkah dan rawatan yang betul dilakukan untuk memastikan rejim diabetes lebih lancar dan tanpa gangguan sepanjang Ramadan, katanya. — BERNAMA

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Anak kelima daripada lapan beradik itu juga mengakui hatinya meruntun apabila mendengar ayat-ayat suci al-Quran dan mahu mempelajarinya. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805

[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

Selaku General Counsel & Company Secretary Maybank, Nazlan tau mengenai aliran wang dari Maybank ke PPD & SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162791

Pulau Selatan Thailand akan dibangunkan sebagai tempat pelancongan bertaraf dunia

Wilayah Satun terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah, dengan hutan, gunung dan pantai. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162780

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769

Kes saman fitnah Ahmad Zahid terhadap Tun M ditetapkan pada November

Kenyataan fitnah itu adalah jelas dikeluarkan dengan niat jahat sebagai alat untuk mempengaruhi dan memberikan reputasi buruk serta negatif kepadanya selaku pemimpin tertinggi parti Barisan Nasional BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162758

Pekerja seks didakwa selepas lelaki berusia 70 tahun ditemui mati di hotel selatan Thailand

Polis membuat kesimpulan bahawa Chang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan hubungan seksual dengan wanita itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162734

[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang

Hujan dan angin kuat tersebut telah mengakibatkan pokok tumbang dan khemah jualan di bahu jalan diterbangkan angin lalu menutup jalan utama Jitra-Changlun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162724

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1

Malaysia kalahkan Turkmenistan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162714

[VIDEO] Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan angaran kemusnahan sebanyak 90 peratus BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162695

[VIDEO] Guna cek palsu, bekas pembantu tadbir Felda dipenjara, denda

April tahun sama di sebuah bank di Bandar Tun Abdul Razak, Maran, melibatkan nilai antara RM6,436 dan RM7,000 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162685

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid

Pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674