back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More
    📂

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Henti Tohmahan Terhadap SPR – PROHAM (video)

    Hentikan tohmahan dan kecaman terhadap Suruhanjaya Pilihanraya, SPR.

    Sebaliknya, gunakan sikap terbuka SPR untuk memperbaiki kelemahan, demi keharmonian serta menjaga imej Malaysia sebagai negara demokrasi berpelembagaan.

    Gesaan itu dibuat Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia atau PROHAM selepas mengadakan pertemuan dengan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, siang tadi.

    Bagi NGO berkenaan, perkara yang membawa manfaat kepada rakyat dan negara perlu di selesaikan secara permuafakatan dan bukan bertindak mengikut perasaan yang boleh mengugat ketenteraman majoriti rakyat.

    Tan Sri R. Navaratnam, EXCO PROHAM: “Semua masalah tidak boleh diselesaikan oleh SPR sendirian kerana ada agensi lain terbabit, tetapi apa yang lebih penting ialah berlaku adil dan berfikiran adil dalam kita menilai dan menghukum SPR.”

    PROHAM turut menyerahkan laporan penambahbaikkan sistem pilihanraya dan hak asasi manusia dan meminta SPR mengkaji 5 isu berbangkit.

    Antaranya, pendaftaran pengundi secara automatik apabila mencapai usia 21 tahun, penggunaan sistem biometrik, memanjangkan tempoh berkempen, undi pos serta SPR sebagai badan berkecuali.

    Turut dicadangkan, perlantikan ahli SPR di kalangan masyarakat awam atau anggota swasta dan bukan pesara kerajaan.

    Tan Sri Abdul Aziz Yusof, Pengerusi SPR: “Kita bersedia menimbang dan menerima apa-apa cadangan yang baik untuk SPR dan seperti biasa saya katakan bahawa saya sedia berjumpa dengan sesiapa saja dan pada masa ini kita sedang menimbang permohonan rasmi daripada bersih ya untuk berjumpa dengan kita.”

    RSS
    Follow by Email
    YouTube
    YouTube
    Instagram
    Copy link
    URL has been copied successfully!

    [list]
    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)