RM6.38 juta belanja Mahathir ke luar negara tapi tiada pelaburan - pakdin.my

Putrajaya telah membelanjakan RM6.38 juta untuk lapan lawatan luar negara rasmi untuk Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan delegasinya sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

“Perbelanjaan tersebut telah dibayar dengan sewajarnya seperti Akta Ahli Parlimen (Imbuhan).

“Perbelanjaan ini meliputi pegawai yang hadir bagi setiap lawatan rasmi perdana menteri,” kata jawapan parlimen bertulis dari Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Sejak berkhidmat, Mahathir telah melawat Indonesia, China, Jepun, Brunei, AS dan UK. Tapi masih tiada pelaburan baru yang berjaya dimeterai.

Semasa pulang dari UK, Tun Mahathir hanya berkata pelabur berjanji untuk datang melabur tapi tidak diketahui bila masanya dan siapa yang akan melabur.

Semasa lawatan ke US, Tun Mahathir dilihat membawa keluarga termasuk cucu-cucu beliau termasuk ketika semasa menghadiri persidangan PBB.

Tun Mahathir dijadual akan melawat Thailand lewat bulan ini.

BACA sini: Kos lawatan rasmi PM, delegasi ke luar negara RM6.38 https://m.malaysiakini.com/news/447441

………

Rujukan:
https://pakdin.my/tag/mahathir

UTAMAPOLITIKRM6.38 juta belanja Mahathir ke luar negara tapi tiada pelaburan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium