Hishammuddin akan ke China jejaki Jho Low - pakdin.my

Rejim Pakatan Harapan diharap tidak terus bermain wayang mencari alasan mengelak kepulangan Jho Low.

Sebelum ini mereka kata telah minta bantuan Interpol tetapi semakan di laman web Interpol,Jho Low bukan individu yang di kehendaki oleh pihak berkuasa Malaysia.

BACA sini: Jho Low, bapa tiada dalam senarai Interpol – Rejim Mahathir Pembohong (https://pakdin.my/jho-low-bapa-tiada-dalam-senarai-interpol-rejim-mahathir-pembohong/)

……………..

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien tidak teragak-agak untuk ke negara China bagi menjejaki ahli perniagaan, Jho Taek Low supaya isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dapat diselesaikan.

Namun, Hishammuddin berkata, jika perkara itu berlaku, ia tiada kena-mengena dengan permintaan daripada Putrajaya, tetapi ia dibuat atas kapasiti peribadi.

“Tiada, sekali lagi saya nak tekankan tiada permintaan daripada Putrajaya untuk saya bantu dengan negeri China, tetapi secara peribadi saya mahu melihat bahawa isu 1MDB ini dapat diselesaikan dengan keadilan, kita nak tahu hujung dan pangkalnya.

“Bermakna sekiranya Jho Low berada di China, secara peribadi saya akan ke China untuk mencari, bawa balik ke muka keadilan kerana beliau masih berada di luar negara, kes 1MDB ini tidak selesai.

“Sebab itu jika ada desas-desus yang mengatakan saya nak ke China, saya nak tekankan bahawa ini bukan ada kaitan dengan permintaan Putrajaya, saya masih ada hubungan dengan kepimpinan China,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin.

Tambahnya, jika benar individu yang dikaitkan dengan 1MDB itu berada di negera tersebut, beliau akan memastikan Jho Low kembali ke Malaysia dan dihadapkan ke mahkamah.

“Itu orang kata (Jho Low di China). Orang kata dia di sana. Jika betul, saya akan gunakan “links” dengan China sebelum ini untuk mencarinya.

“Saya dalam kes 1MDB ini cukup konsisten. Kita nakkan kebenaran, dan kalau sekiranya Jho Low merupakan seseorang yang perlu dibawa ke muka keadilan, kalau saya boleh bantu saya akan lakukannya. Insyaallah,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata berkemungkinan Jho Low sedang bersembunyi di China.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau berkata tidak perlu lakukan pemilihan semula kerana insiden yang berlaku pernah terjadi sebelum ini.

“Tidak perlu ada pemilihan semula. Kita nak parti jalan dengan lancar dan ini bukan suatu perkara yang tak pernah kita lalui sebelum ini.

“Insya Allah kali ini UMNO akan terus laluinya dengan berhemah dan bijaksana dengan syarat semua pihak dari pemimpin ke pengikut tidak beremosi,” katanya.

…………..

https://pakdin.my/tag/jho-low

https://pakdin.my/tag/1mdb

UTAMAPOLITIKHishammuddin akan ke China jejaki Jho Low

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium