Eksport minyak sawit jatuh teruk – Najib - pakdin.my

Ketika pulang ke Pekan semalam, saya meminta pegawai saya untuk membuat sedikit penyelidikan tentang trend eksport minyak sawit negara berbanding negara jiran.

Jelas ketara eksport minyak sawit negara kita menurun dengan teruk selepas PRU14 berbanding bulan yang sama tahun lalu kecuali bagi bulan September oleh kerana kerajaan telah memansuhkan cukai eksport minyak sawit pada kadar 5% untuk bulan itu.

Malangnya, eksport minyak sawit untuk bulan Oktober setakat ini menjunam semula.

Untuk separuh bulan pertama Oktober 2018, pakar penyelidik Intertek telah melaporkan bahawa eksport minyak sawit dari Malaysia telah jatuh sebanyak 32.8% berbanding bulan lepas. Jumlah eksport minyak sawit untuk tempoh ini hanya 505 ribu tan iaitu jauh lebih rendah dari eksport 690 ribu tan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Selain dari jumlah eksport yang jatuh, harga pada masa ini juga hanya RM2,200 satu tan berbanding RM2,700 pada bulan yang sama tahun lepas.

Eksport minyak sawit dari negara jiran pula meningkat setiap bulan berbanding tahun lepas.

Jelas ketara perbezaan dalam trend eksport untuk negara kita berbanding negara Indonesia.

Mengapa tiba-tiba berlaku perbezaan besar untuk trend ataupun corak eksport minyak sawit negara kita dengan Indonesia selepas PRU14?

Rujukan:

Eksport Minyak Sawit Malaysia 2017:
http://bepi.mpob.gov.my/index.php/en/statistics/export/180-export-2017/811-monthly-export-of-oil-palm-products-2017.html

Eksport Minyak Sawit Malaysia 2018:
http://bepi.mpob.gov.my/index.php/en/statistics/export/192-export-2018/869-monthly-export-of-oil-palm-products-2018.html

Eksport Minyak Sawit Indonesia 2017 dan 2018:
https://af.reuters.com/article/commoditiesNews/idAFL3N1WZ3E0

Malaysia’s Oct 1-15 palm oil exports fall 32.8% — ITS
http://www.theedgemarkets.com/article/malaysias-oct-1-15-palm-oil-exports-fall-328-pct-its

Facebook Najib Razak

 

UTAMAEKONOMIEksport minyak sawit jatuh teruk - Najib

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium