Menteri bodoh akan melahirkan anak-anak yang bodoh. - pakdin.my

1. Kepanasan apabila disindir menggunakan alasan BN “pendidikan hampir percuma” Menteri Pendidikan Maszlee Malik tampil menyalahkan kerajaan lalu. Kata beliau PH gagal memberi pendidikan percuma kerana 1MDB. Kata beliau,

A. RM42 bilion yang ditelan 1MDB boleh menampung kos pendidikan percuma berkualiti dari peringkat tadika hingga Universiti Ijazah pertama beserta makanan dan pengangkutan percuma kepada semua pelajar untuk 4 tahun.

B. RM2.6 bilion boleh selesaikan isu sekolah daif di Sabah dan Sarawak dan boleh selesaikan masalah bekalan elektrik di sekolah-sekolah pedalaman.

2. Sangat melucukan apabila kenyataan yang selalu dimainkan oleh pemakan dedak kerajaan sekarang sudah diangkat menjadi kenyataan Menteri.

3. Pertama, RM42B dan RM2.6B bukan wang dari kantung negara. RM42 bilion merupakan hutang 1MDB suatu masa dulu. Ia terhasil melalui pinjaman dan penjualan bon yang bersandarkan pembelian aset dan pembangunan hartanah.

4. Jadi jika tiada 1MDB wang RM42 bilion itu tetap tidak wujud. Tidak ada orang gila hendak bagi Maszlee pinjam RM42 bilion untuk buat pendidikan percuma. Jadi Bagaimana mana Maszlee mahu mempertahankan hujah beliau?

5.. Kedua apa perkiraan Maszlee bahawa RM42 bilion tersebut boleh memberi pendidikan percuma kepada anak kita dari tadika sehingga universiti selama 4 tahun?

6. Bajet Pendidikan Negara 2018 hampir RM60 bilion masih gagal memberi pendidikan percuma beserta makanan dan pengangkutan selama setahun. Jika Maszlee boleh buat dengan RM42bilion beliau perlu diberi peluang.

7. Justeru kita harap dalam Bajet 2019 Lim Guan Eng dapat memberi RM42 bilion kepada Maszlee supaya rakyat dapat nikmati pendidikan percuma selama 4 tahun.

8. Ketiga, ketika Maszlee menawarkan pendidikan percuma dan negara tanpa tol sebelum Pilihan Raya, Pakatan Harapan telah berkempen ke seluruh negara mendakwa negara mempunyai hutang RM1 trilion dan sebanyak RM42 bilion wang 1MDB telah lesap.

9. Pakatan Harapan berjanji berdasarkan hutang negara RM1 trilion dan 1MDB ada hutang RM42 bilion.

10. Jadi mengapa disalahkan isu hutang negara RM1 trilion dan RM42 bilion wang 1MDB bila gagal melaksanakan pendidikan percuma dan lebuh raya tanpa tol?

11. Inilah kerajaan yang mengangkat kebodohan sebagai tuan.

Ab Jalil Backer

………………

https://pakdin.my/tag/maszlee

UTAMANAJIB RAZAKMenteri bodoh akan melahirkan anak-anak yang bodoh.

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium