Penembusan jalur lebar Selangor kini 71.3 peratus - pakdin.my

HULU SELANGOR 20 Ogos – Agihan komputer riba 1Malaysia di Selangor yang memasuki fasa kedua pada Mei lalu berjaya membantu mencapai kadar penembusan jalur lebar 71.3 peratus di negeri itu sehingga bulan ini.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Bahagian Wilayah Tengah, Hairudin Mohd. Zin berkata, kadar itu lebih cepat berbanding sasaran yang ditetapkan iaitu 75 peratus pada 2015.

“Sebanyak 11,198 unit komputer riba 1Malaysia diperuntukkan kepada Selangor bagi fasa kedua berbanding 4,500 pada fasa pertama dalam usaha meningkatkan penembusan jalur lebar.

“Agihan kini ditumpukan kepada pelajar yang kurang berkemampuan khususnya dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan yang tiada langganan jalur lebar,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan komputer itu di Kelab Golf Bukit Beruntung di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun.

Seramai 1,588 pelajar dari 16 sekolah menengah di kawasan Parlimen Hulu Selangor menerima komputer riba 1Malaysia pada majlis berkenaan.

Sementara itu Kamalanathan berkata, proses pemilihan penerima komputer riba itu dilakukan melalui sistem yang teratur dengan proses tapisan yang rapi.

UTAMABERITAPenembusan jalur lebar Selangor kini 71.3 peratus

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium