30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

8 Inisiatif Baru, 2 Projek Dipulihkan Kembali

Sepuluh inisiatif diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam memperkukuhkan pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi ETP.

Ia merangkumi lapan inisiatif baru dan dua projek dipulihkan kembali.

Hampir semua pelaburan domestik itu membabitkan nilai 1.43 bilion ringgit, 8.4 bilion ringgit kepada Pendapatan Negara Kasar, GNI dan 9, 965 peluang pekerjaan tambahan.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK / PERDANA MENTERI
ETP mempunyai dua kunci utama, fokus kepada 12 nkea dan kompetatif akan dipacu oleh sri dan kita membuat progress yang cemerlang. Berikutan itu, ekonomi kita dari segi kedudukan telah bertambah baik dan keyakinan pelabur semakin meningkat.

Antara lapan inisiatif baru itu ,pembangunan oleo derivatif oleh Kuala Lumpur Kepong Berhad membabitkan pelaburan 706 juta ringgit dalam usaha membangunkan sektor industri minyak sawit.

Inisiatif kedua membangunkan perkhidmatan kejuruteraan nilai tinggi 177 juta ringgit oleh Stand Aerospace Sdn Bhd.

Inisiatif membabitkan Kementerian Kesihatan dan Vasseti Data Tech Berhad dengan pelaburan 400 juta ringgit.

Inisiatif lain perkhidmatan sokongan teknikal dan perniagaan maya pks , pertanian , produk herba nilai tinggi, elektronik dan elektrik.

Dua inisiatif yang dibaik pulih Greater KL atau KVNKEA dan penjagaan kesihatan iaitu penyelidikan klinikal CRM.

Sehingga kini 84 peratus inisiatif sedang dilaksanakan.. 23 sedang beroperasi, 50 telah bermula dan 14 lagi sedang berjalan.

Secara keseluruhan program Transformasi Ekonomi, ETP telah mencatat 171.21 bilion ringgit pelaburan.

Manakala, 228 perpuluhan lima lima bilion ringgit dalam GNI dan 372, 301 peluang pekerjaan.

Datuk Seri Mohd Najib berkata demikian semasa mengemaskini dan pengumuman kali ketujuh ETP sejak ia dilancarkan Oktober 2010.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan