8 kluster baharu Covid-19, 3 babit tempat kerja, sekolah - pakdin.my

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan lapan kluster baharu Covid-19 hari ini, melibatkan enam negeri.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga daripadanya adalah kluster tempat kerja, tiga lagi kluster sekolah, dan selebihnya melibatkan jangkitan komuniti serta pusat tahanan.

Dua kluster masing-masing dikesan di Selangor dan Sarawak, sementara Sabah, Melaka, Kelantan dan Johor masing-masing mempunyai satu kluster.

Perincian lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah seperti berikut.

• Kluster Putai (Kapit dan Bukit Mabong) dengan 243 kes – tempat kerja

• Kluster Ladang Paris Dua (Kinabatangan) dengan 13 kes – tempat kerja

• Kluster Jalan Melaka Raya (Melaka Tengah) dengan 10 kes – tempat kerja

• Kluster Jalan Bukit Naga (Klang dan Petaling) dengan 18 kes – sekolah

• Kluster Jalan Kuala Garing (Gombak) dengan lima kes – sekolah

• Kluster Halban Dua (Kota Bharu) dengan 63 kes – sekolah

• Kluster Pagar Sri Lalang (Kluang) dengan 16 kes – komuniti

• Kluster Rayang (Serian) dengan 50 kes – pusat tahanan

Noor Hisham berkata, sebanyak 1,591 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini, dengan 351 kluster aktif dan 66 daripadanya melaporkan pertambahan kes.

Katanya, sembilan kluster yang tamat hari ini ialah Kluster Paya Bemban, Kluster Jalan Indah Gemilang Satu, Kluster Industri Permata, Kluster Jalan Tenteram, Kluster Jalan Gemilang Tiga, Kluster Teluk Air Tawar, Kluster Jalan Hang Tuah, Kluster Jalan Perdana, dan Kluster Persiaran Jaya.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Putai (199 kes), Kluster Tapak Bina Persiaran Cybersouth (48 kes), dan Kluster Jalan Hospital (36 kes),” tambahnya.

UTAMABERITAAM8 kluster baharu Covid-19, 3 babit tempat kerja, sekolah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium