80,000 Kunjungi Rumah Terbuka Najib Di Putrajaya - pakdin.my

rumah-terbuka-pm-kabinet1

Datuk Seri Najib Tun Razak dan anggota Kabinetnya meraikan kira-kira 80,000 rakyat tempatan dan asing pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman rasmi perdana menteri, Seri Perdana, di sini hari Jumaat.

Orang ramai berbaris sejak pukul 8 pagi untuk menghadiri majlis itu, yang bermula pada 10.30 pagi dan berakhir 4.30 petang.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang masing-masing berpakaian baju Melayu oren-merah dan baju kurung moden, menyambut dan bersalam mesra dengan para pengunjung ke majlis itu.

Terdahulu, Najib menyuarakan kegembiraan beliau mengenai sambutan orang ramai terhadap majlis rumah terbuka iu dan berkata kehadiran beribu-ribu tetamu daripada pelbagai kaum, membantu memupuk perpaduan dan keharmonian nasional.

Pada kira-kira 1 tengah hari, Najib menyertai beribu-ribu umat Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra Perdana.

Dua jam kemudian, beliau dan isteri, serta beberapa menteri Kabinet, memotong kek Aidilfitri seberat 100kg pada majlis rumah terbuka itu.

Pada majlis memotong kek, Najib menghiburkan hadirin dengan menyanyikan sebuah lagu Raya.

Para tetamu terpegun dan memberi tepukan bergemuruh terhadap perdana menteri yang menyanyikan lagu itu bersama beberapa menteri Kabinet dan selebriti.

Walaupun kelihatan letih setelah sepanjang hari melayan tetamu, perdana menteri tetap meluangkan masa beramah mesra dengan para hadirin.

Cuaca panas tidak menghalang tetamu, termasuk pelancong asing, berpusu-pusu menghadiri majlis itu.

Mereka dihidangkan dengan pelbagai makanan istimewa tempatan seperti sate, soto ayam, ketupat dan rendang. Kira-kira 70,000 bungkusan cenderamata Aidilfitri juga dihadiahkan kepada hadirin sebagai buah tangan.

UTAMA80,000 Kunjungi Rumah Terbuka Najib Di Putrajaya

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium