Home / :: BLOG :: / Kebodohan tidak mengenal kaum, bagai jelongak kerbau rampung

Kebodohan tidak mengenal kaum, bagai jelongak kerbau rampung

DALAM perbualan di sebuah kedai kopi seorang sahabat bertanya saya mengapa kebanyakan kenyataan kurang cerdik, tidak matang dan melucukan datang daripada menteri Melayu terutama dari Bersatu dan Amanah.

Beliau memberi beberapa contoh yang sangat menarik seperti Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik (Bersatu), Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bersatu), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Dr Mujahid Yussuf (Amanah), Menteri Pertahanan Mohamad Sabu (Amanah), Menteri Pertanian, Sallehuddin Ayub (Amanah).

Dr Mujahid Yussuf antara yang paling teruk menjadi kecaman dan bahan jenaka apabila mendakwa bukan semua gay menjalani kehidupan seksual songsang. Perkataan gay itu sendiri merupakan rujukan kepada pelaku seks luar tabie.

Sebelum ini beliau juga menyarankan lelaki transgender menggunakan tandas wanita sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat.

Dr Maszlee tidak terkecuali menjadi perbualan apabila membuat pelbagai kenyataan “luar biasa” seperti certot, hendak adakan mesyuarat menentukan warna stoking murid dan terbaharu pendidikan di negara ini hampir percuma.

Syed Saddiq turut tidak terkecuali merebut tempat dalam membuat lawak jenaka yang menimbulkan kemarahan rakyat. Selain mempunyai keberanian melanggar norma masyarakat Melayu dengan memuat naik gambar beliau mandi dalam ‘bathtub’, beliau turut menyatakan politik berasaskan masyarakat Melayu (Bumiputera) sudah berakhir.

Ini menimbulkan pertanyaan mengapa beliau masih dalam parti Bersatu yang secara terang dan jelas keahlian hanya dalam kalangan kaum peribumi.

Walaupun hujah-hujah sahabat ini sangat kuat, saya terpaksa membetulkan salah tanggapan beliau. Hakikatnya bukan menteri Melayu sahaja yang jahil dan kurang ilmu tetapi juga menteri daripada kaum lain turut dalam lingkungan yang sama.

Minggu lalu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Darrell Leiking (Warisan) tidak mahu melepaskan kesempatan untuk berada dalam senarai menteri yang membuat “kenyataan luar akal”.

Menurut Darell kedudukan Malaysia di tangga ke-15 dalam senarai “Easy Doing Business 2019” oleh Bank Dunia adalah hasil usaha Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan beliau sendiri dalam membuat pelbagai polisi dan perubahan mesra ahli perniagaan.

Memalukan sekali kenyataan ini dibuat tanpa menyemak fakta bahawa senarai ini berdasarkan kajian Bank Dunia sehingga 1 Mei 2018; iaitu 9 hari sebelum mereka mengambil alih pentadbiran negara.

Tidak cukup dengan itu, Facebook menteri terbabit turut mendakwa ini merupakan jalan ke arah kembali menjadi “Harimau Ekonomi Asia”. Hakikatnya Malaysia tidak pernah menjadi Harimau Ekonomi Asia.

Kedudukan Malaysia dalam senarai “Easy Doing Business” tiada kena-mengena dengan pertumbuhan ekonomi mahu pun kekuatan ekonomi. Ia hanya memberi gambaran kepada pelabur asing mengenai birokrasi sesebuah negara dalam bidang perniagaan.

Bersaing dengan Darell ialah Menteri Industri Utama, Teresa Kok. Beliau dikritik hebat apabila menyatakan 1 ekar ladang kelapa sawit boleh menghasilkan 12-15 tan sawit sebulan.

Ahmad Maslan (BN-Pontian) tidak melepaskan peluang menyindir untuk belajar dengan Teresa Kok bagaimana untuk menjadikan ladang sawit sehebat itu.

Keesokannya, selepas dikritik hebat oleh Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam), Teresa menyatakan beliau tersalah sebut ekar yang sepatutnya hektar.

Malangnya pembetulan ini juga tidak menyelesaikan masalah apabila Wee Ka Siong bangun mempertikaikan sekali lagi. Menurut Wee 1 hektar sama dengan 2.47 ekar jadi katakan 12 hingga 15 tan, maksudnya purata kena sama dengan 5 tan atau 6 tan untuk 1 ekar.

Selain Teresa, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pula bercadang untuk memansuhkan perkhidmatan bas perantara MRT digantikan dengan perkhidmatan Grab.

Beliau dikritik hebat kerana penggantian bas perantara kepada Grab bukan sahaja menyebabkan peningkatan kos pengangkutan rakyat tetapi juga tidak praktikal. Ia menyebabkan kesesakan lalu-lintas yang lebih teruk kerana grab hanya membawa penumpang yang sangat terhad berbanding bas perantara.

Sudah tentu menteri yang berada tempat teratas dalam senarai “Kenyataan Luar Akal” ini ialah Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Hampir setiap minggu Guan Eng tidak pernah gagal menghiburkan kita dengan kenyataan yang “mislead”, melucukan dan salah fakta. Senarai ini sangat panjang dari data mengenai hutang negara, pertumbuhan ekonomi, penjualan tanah di Pulau Pinang sehinggalah kepada titik perpuluhan dalam kewangan negara.

Anda hanya perlu baca Facebook Najib Razak untuk mengetahui nilai sebenar kenyataan-kenyataan bombastik Lim Guan Eng. Justeru, adalah tidak benar hanya menteri Melayu yang jahil dan menjadi pelawak dalam kerajaan hari ini.

Kebanyakan menteri hari ini baik Melayu, Cina mahu pun India sudah seperti peribahasa “bagai jelongak kerbau rampung” (orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang).

Sumber:
http://link.pakdin.net/jelongak

(Visited 16 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

24 comments

  1. Jaafar Bakar Apai

    penghinaan terhadap pati pemerintah membuat rakyat smakin suka dan syang itu lah kelemahan pati yg tewas dlm pertarungan

  2. Hamidah Aziz

    Menteri2 bodoh dn x layak di gelar menteri

  3. Azman Semerak

    Kalau menteri cina bolehlah dikatakan kurang faham bahasa melayu dan berbudi bahasa dalam corak melayu,tapi menteri melayu dalam ph lagi benok dan bangan dalam membuat apa-apa keputusan,menteri melayu dari amanah,ppbm,pkr,semuanya sama, benok mungkin makan sambal babi yang di hidang oleh DAP.

  4. Engku Mariam RW

    Apa nak buat, bukan kebodohan yang melantik mereka menjadi menteri, tetapi, pembohongan, penipuan dan fitnah kepada rakyat. Malangnya rakyat tidak menyedarinya. Nasi sudah menjadi bubur.

  5. Umar Jkm

    Hahaha kesian..ape lagi kasi tepuk lah hihi

  6. Eric Letchumanan

    Klau nak pilih diantara penyamun dan org bodo any day pilih yg bodo

  7. Jama

    Eric Letchumanan sebab sepisis dgn kamu

  8. Eric Letchumanan

    Jama’ah Alyas…well u have just shown how ignorance on your part begets confidence more than knowledge. Thus I wonder who is of the same species.

  9. Iskandar Ahmad

    X tau ape kah tujuan mereka2 laknat ni jatuhkan bn…umno yg pnh dipimpin selame 22thn…disebabkan benci pd najib….apekah tujuannye..x lain xbkn nk memecahkan perpaduan bngsa mlayu….aku tau ko tu bkn bngsa aku…laknat

  10. Kulaiman Jj

    betul tu menteri2 PH BODOH tak tahu mentadbir….bodoh sombong

  11. Zahir Mohd Zahir Mohd

    Azman Semerak babi x buat sambal selaku pangang pastu makan dgn air asam hee hee

  12. Zahir Mohd Zahir Mohd

    Eric Letchumanan salah tu bro yg penyamun pun jngn pilih,yg bodoh pun jngn pilih,jd pilih la yg baik& cerdik,sbb rakyat akan hidup senang,bayangkan klu pilih penyamun nti dia rompak duit rakyat kita yg susah,klu pilih yg bodoh pulak nti dia silap kira/takbir negara x pandai,rakyat yg susah kan sama kan,pilih la yg cerdik&baik bila dia cerdik dia mampu tadbir negara dgn sempurna&bila dia baik dia akan bantu rakyatnya

  13. Norli Zakaria

    Tewas kalau betul caranya tiada siapa yang akan pertikaikan. Tapi kalau tewas dengan fitnah & bantuan luar, itu bukan kemenangan yang jujur.

  14. Norli Zakaria

    Nak buat apa pilih penyamun dan bodoh. Itu maknanya yang memilih tu takde otak. Macamlah kat Malaysia ni langsung takde yang bagus2.

  15. Eric Letchumanan

    Albert Einstein was considered stupid or less capable when he was young…so the question is if u are not clever now will u remain dumb forever…guess Einstein was not stupid after all when he came up with relativity theory.

  16. Jaafar Bakar Apai

    Norli Zakaria ralyat mlaysia bukan bodoh

  17. Azami Bachik

    Penyamun tolong rakyat. Si bodoh susahkan rakyat.

  18. Fungahchon Fac

    Julieus Gani Julieus raihkan ja …tau DAH … mamudut ani.

  19. Fungahchon Fac

    Julieus Gani Julieus ingkooi ani ~ koyon…..balanja gulu.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.