25 Resolusi Dirumus Pada Konvesyen Memperkasa Model Baru Ekonomi. - pakdin.my

Fungsi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) yang akan diteruskan dan diperkukuh untuk menjadi peneraju dan pemantau prestasi ekonomi Bumiputera, adalah antara 25 resolusi yang dicapai pada Konvensyen Model Baru Ekonomi (MBE): Satu Jihad Ekonomi Bumiputera, di sini.

Konvensyen dua hari anjuran Gabem bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berakhir Sabtu menjadi platform kepada Bumiputera membincang isu dan peluang ekonomi yang ada dalam pelaksanaan MBE dan program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang menyempurnakan penutupan konvensyen ini berkata resolusi itu mencakupi hampir keseluruhan perkara penting untuk masa depan ekonomi Bumiputera.

“Saya yakin dan percaya anggota masyarakat ekonomi Bumiputera yang hadir pada konvensyen ini telah mengambil bahagian secara aktif dalam memberikan pandangan, nasihat dan input positif bagi menghasilkan resolusi yang terbaik ke arah pembangunan keusahawanan dan kemajuan ekonomi Bumiputera,” katanya.

Pengerusi GABEM Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, yang membentangkan resolusi ini berkata Gabem akan menjadi saluran utama bagi penyelarasan, pembangunan dan bimbingan kepada semua badan ekonomi dan usahawan Melayu atau Bumiputera.

“Bagi melaksanakan fungsi itu dengan berkesan, satu mekanisma penyelidikan dan pembangunan yang berwibawa akan ditubuhkan di bawah GABEM,” katanya.

Abdul Rahim berkata Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan turut dipastikan mampu melaksanakan dengan segera semua program yang dirancang bagi mencapai agendanya membantu Bumiputera.

Dari segi pentadbiran, beliau berkata wakil Teraju di setiap negeri perlu diwujudkan bagi memudahkan segala urusan, khususnya bagi syarikat kecil dan sederhana.

Antara yang disentuh dalam resolusi kali ini ialah perlunya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melakukan transformasi yang ketara bersama-sama Teraju dalam usaha membantu orang Melayu dan Bumiputera.

“GLC juga seharusnya mempunyai prosedur dalam pemberian tender bagi memastikan syarikat Melayu mendapat peluang yang sewajarnya,” katanya. Beliau berkata GLC juga perlu mengelak dari daripada bersaing dengan syarikat Melayu dan Bumiputera sedia ada, namun berusaha meneroka pasaran di luar negara.

UTAMABERITA25 Resolusi Dirumus Pada Konvesyen Memperkasa Model Baru Ekonomi.

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium