Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Membela Nasib Bumiputera Masih Kekal Agenda Utama Kerajaan – Muhyiddin - pakdin.my

Membela Nasib Bumiputera Masih Kekal Agenda Utama Kerajaan – Muhyiddin - pakdin.my

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata agenda membela nasib Bumiputera tetap kekal menjadi agenda utama pimpinan dan kerajaan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata kaum Bumiputera tidak perlu bimbang walaupun perkataan seperti Bumiputera tidak disebut berkali-kali sebagaimana pimpinan kerajaan sebutkan semasa mengupas dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru.

Beliau berkata demikian semasa menutup konvensyen dua hari ‘Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera’ anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di sini Sabtu.

Muhyiddin berkata telah tersurat dan tersirat bahawa dalam dasar pembangunan ekonomi negara, kepentingan utama ialah untuk membela kepentingan semua kaum, dan terangkum ialah kepentingan orang Melayu dan Bumiputera yang tidak harus diabaikan dan dilupakan.

“Saya sendiri tidak akan rela dan sanggup melihat bahawa selagi Melayu masih perlu dibela kita biarkan sebegitu rupa dan tidak ada satu usaha dibuat untuk membantu dan memperjuang nasib mereka,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian bagi memperjelaskan persepsi yang timbul akhir-akhir ini seolah-olah pimpinan dan kerajaan hari ini tidak lagi mengutamakan kepentingan Bumiputera.

Beliau berkata kononnya kini terdapat satu kelompok masyarakat Melayu yang hendak mengasingkan diri daripada Barisan Nasional (BN) kerana “seolah-olah kita sudah tidak lagi memperjuangkan hak dan kepentingan mereka.”

“Ada juga persepsi mengatakan sistem pengurusan kontrak dan perolehan seolah-olah tidak diberikan keutamaan lagi (kepada Bumiputera), dan nilai-nilai kontrak yang dibekalkan tiada sebesar dahulu lagi,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata ini mungkin ada kebenarannya daripada segi persaingan berdasarkan sistem meritokrasi dalam sistem penawaran atau perolehan kerajaan namun ia sesuatu yang boleh diperbetulkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata ia termasuk projek di bawah program transformasi kerajaan apabila peluang untuk Bumiputera menyertai projek-projek di bawah program ini juga dipersoalkan oleh sesetengah pihak.

BACA juga  Tiada Cadangan Cukai Dalam Talian – KKMM

Beliau berkata mungkin syarikat-syarikat Bumiputera yang mempunyai keupayaan tertentu boleh dipilih untuk menyertai projek-projek transformasi kerajaan dengan bersaing bagi mendapatkan projek-projek berkenaan sesama syarikat Bumiputera menerusi sistem tawaran terbuka bagi diberikan kepada yang layak atas dasar meritokrasi.

Muhyiddin berkata kerajaan amat serius untuk membantu usahawan Bumiputera, dan menubuhkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bagi membantu syarikat Bumiputera mengambil bahagian aktif dalam sektor korporat.

Peranan Teraju, katanya, adalah kritikal untuk membantu syarikat Bumiputera berjaya dalam sektor korporat dan dalam tempoh setahun, ia telah mengenal pasti 1,100 syarikat berpotensi untuk disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Muhyiddin berkata bagaimanapun strategi ini memerlukan masa untuk dilaksanakan kerana beberapa perundingan mengenai pembiayaan dan mengenal pasti projek-projek tertentu akan mengambil masa.

“Saya yakin bila ia sudah digerakkan dan dilancarkan maka proses ini tidak akan berhenti setakat itu sahaja. Saya setuju sangat organisasi Teraju harus kita perkukuhkan ataupun kita perkasakan,” katanya.

Muhyiddin berkata agenda membela Bumiputera bagi mendapat keadilan dalam pengagihan kekayaan negara tidak boleh diabaikan dan untuk itu, semua badan Melayu sama ada daripada bidang ekonomi atau sosial perlu berganding bahu dengan kerajaan.

Agenda membela ekonomi Bumiputera hanya boleh berjaya jika semua pihak bersatu dan mempunyai tujuan yang sama, kerana perbalahan sesama sendiri tidak akan menghasilkan apa-apa kebaikan dan manfaat, katanya.

Muhyiddin turut menerima 25 resolusi yang dicapai pada konvensyen itu untuk disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata susulan daripada konvensyen berkenaan, sebuah jawatankuasa kerja akan dibentuk bersama Teraju dan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera bagi memperhalusi setiap resolusi supaya ia dapat dilaksanakan.

BACA juga  Video Ahli Parlimen PAS Kata Lynass Selamat - Fauziah Kantoi Nak Letak Muka Kat Mana?

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

Masih ada juga mereka yang fikir bahawa 1MDB yang sebabkan Ringgit melemah pada tahun 2014-2016

Kita sepatutnya berada dalam krisis tetapi telah diselamatkan oleh Najib. Sebab kita terselamat maka ramai yang kufur hikmat sebab tidak sedar mereka telah diselamatkan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165457

Pembunuh Canny Ong Telah Jalani Hukuman Digantung

Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh...

Kerabu Bronok, Makanan Wajib Dicuba Bila Kunjungi Langkawi

Pulau Langkawi bukan sahaja terkenal sebagai tempat pelancongan, malahan mempunyai rahsia di sebalik hidupan laut yang masih belum diketahui ramai di pulau itu. Ia adalah...

Siapa Untung Bila Kelantan Pindah Milik Tanah? @nikabdulaziz

Sudah beberapa hari berlalu sejak Laporan Ketua Audit negara bagi Tahun 2011 selesai dibentangkan, malah ramai yang telah maklum perihal Kerajaan PAS Kelantan telah...

Wanita dicekup buat amang seksual terhadap anak lelaki

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan mendapati mangsa merupakan anak ketiga dari lima orang adik beradik dan kejadian amang seksual itu berlaku pada November tahun lalu. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163803

TERKINI

Masih ada juga mereka yang fikir bahawa 1MDB yang sebabkan Ringgit melemah pada tahun 2014-2016

Kita sepatutnya berada dalam krisis tetapi telah diselamatkan oleh Najib. Sebab kita terselamat maka ramai yang kufur hikmat sebab tidak sedar mereka telah diselamatkan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165457

[VIDEO] Zahid Hamidi serik dengan PAS, tiada langkah tawar sertai Kerajaan Perpaduan

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ada tawaran daripada kerajaan untuk PAS bekerjasama dengan Kerajaan Perpaduan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165448

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Dalam soal pembangunan sebuah negara, budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.- Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

Mangsa wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang di lantai dengan beberapa kesan tikaman BACA setrusnya di https://pakdin.my/165338

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Pengurusan matawang ringgit

Dalam kata-kata pelabur dan penganalisa dulu, Malaysia destinasi pilihan pelaburan di rantau Asia. Malaysia was the preferred investment destination in Asia. Itu dulu lah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165311

Bekas MB Negeri Sembilan Mohd Isa kembali sertai UMNO

"Terima kasih terima saya jadi ahli UMNO, saya tidak pernah menentang parti. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165303