1MDB-IPIC: IPIC dedahkan rejim PH berbohong mengenai hutang 1MDB - pakdin.my

Perjanjian penyelesaian antara syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, IPIC dengan 1MDB tidak mahu didedahkan oleh kerajaan PH kerana ia dapat membuktikan bahawa kerajaan BN telah berusaha dan berjaya memastikan bahawa semua wang yang didakwa hilang dari 1MDB akan dikembalikan.

Nama pun penyelesaian.

Kita lihat pengumuman IPIC di London Stock Exchange (BACA sini: LSE- IPIC GMTN Limited – 61HK
Conditional Settlement with 1MDB and MOF: https://bit.ly/2zINwVj) yang juga diulangi di dalam laporan tahunan mereka untuk akhir tahun 2017 (BACA sini: International Petroleum Investment Company PJSC
BOARD OF DIRECTORS’ REPORT AND CONSOLIDATED FINANCIAL STATEMENTS https://bit.ly/2QwOVWc) di mana ia menyebut:

“The parties have also agreed to enter into good faith discussions in relation to payments made by 1MDB Group to certain entities.”

Jika anda lihat kepada aliran wang mengenai 1MDB, setiap sen wang 1MDB yang dikatakan hilang ialah selepas ia dibayar kepada atau dijamin syarikat yang dimiliki oleh pengurus-pengurus atasan IPIC.

Inilah yang dimaksudkan oleh IPIC iaitu bayaran yang telah dibuat oleh 1MDB kepada entiti-entiti tertentu.

Dua minggu dahulu, kerajaan PH mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mahu batalkan perjanjian penyelesaian dengan IPIC ini dan tidak akan membayar US$4.5 bilion yang dikatakan kita hutang kepada IPIC.

IPIC membalas serta-merta dan berkata 1MDB langsung tidak berhutang dengan mereka, seakan-akan menuduh kerajaan PH telah berbohong.
BACA sini: UPDATE 1-Malaysia seeks payment relief by challenging 1MDB-IPIC settlement https://reut.rs/2Qzc2j7

Tuduhan yang amat berat tetapi tidak seorang menteri dan pemimpin PH termasuk Kit Siang yang berbunyi dan bertanya mengapa IPIC membuat kenyataan yang jelas bertentangan dengan tuduhan kerajaan PH.

Ini ialah kerana IPIC yang hutang pada kita dan bukan sebaliknya.

Perjanjian penyelesaian yang saya mahu kerajaan dedahkan akan menunjukkan bahawa kita telah beri masa sehingga 30 Disember 2020 untuk IPIC bayar balik kepada 1MDB semua wang yang dikatakan hilang.

Kalau dokumen-dokumen perjanjian-perjanjian ini didedahkan maka terbuktilah Najib bukan penyamun ataupun penyangak dan telah berusaha memastikan harta dan hak rakyat Malaysia dijamin.

Hari ini, Kit Siang hanya gembira apabila dokumentari terbitan anak George Soros mengenai 1MDB dilancarkan di New York semalam.

Satu lagi saya nak tanya Menteri kewangan dan bapanya Kit Siang yang jelas tidak jujur dalam menegakkan kebenaran dan menyelesaikan masalah 1MDB tetapi hanya mahu menggunakan isu itu untuk terus memburukkan nama saya:

Beberapa pegawai kanan turut didapati menerima secara langsung dan menggunakan dana berkenaan atau terlibat dalam penipuan.

Mengapa Kit Siang tidak pernah bertanya mengapa pegawai-pegawai kanan Abu Dhabi dan bos mereka tidak dipanggil untuk disoalsiasat memandangkan wang itu dipindahkan kepada mereka dan merekalah yang didapati banyak menggunakan wang itu dan mengagih wang itu kepada pihak-pihak yang lain?

Bukan senang untuk membuat dedahan dan tuduhan kepada kerajaan negara yang lain, betul?

Oleh itu, pada masa kami mahu menyelesaikan isu 1MDB, kita berpendapat untuk mendapat balik wang keseluruhan daripada pihak-pihak yang 1MDB hantar kepada dengan cara penyelesaian yang berhemah untuk tidak menjejaskan hubungan diplomatik kita.

Apa guna mahu mendapat balik aset-aset seperti kapal dan kapal terbang yang harganya telah jatuh. Bukanpun 1MDB yang menghantar wang kepada mereka untuk membeli aset-aset itu.

Lebih baik untuk 1MDB menuntut wang keseluruhan daripada pihak-pihak yang 1MDB bayar dan dapatkan penyelesaian kerana 1MDB ada semua bukti-bukti dokumen dan perjanjian untuk membuktikan penghantaran wang itu kepada syarikat dimiliki pegawai kanan IPIC.

Sumber: Facebook Najib Razak

https://pakdin.my/tag/ipic/

1MDB-IPIC: Kerajaan kata kononnya 1MDB berhutang dengan IPIC – Sebenarnya IPIC yang berhutang
https://pakdin.my/1mdb-ipic-kerajaan-kata-kononnya-1mdb-berhutang-dengan-ipic-sebenarnya-ipic-yang-berhutang/

UTAMAEKONOMI1MDB-IPIC: IPIC dedahkan rejim PH berbohong mengenai hutang 1MDB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium