Rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia Akan Diperluas Bagi Memanfaatkan Rakyat - pakdin.my

Kedai Rakyat 1 Malaysia

Kerajaan akan memperluaskan rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bagi membolehkan lebih ramai rakyat menikmati harga barangan runcit yang lebih rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, inisiatif ini juga merupakan intervensi kerajaan secara positif bagi membantu rakyat menangani kos hidup yang semakin meningkat.

Mengambil contoh bawang putih, Perdana Menteri berkata ia dijual pada harga RM3.38 sekilogram di KRIM berbanding RM6 sekilogram di kedai biasa, manakala beras super tempatan 10kg dijual di KR1M pada harga RM21.99 berbanding RM25.80 di kedai lain.

“Saya dapati konsep KR1M ini sangat menguntungkan rakyat kerana harganya jauh lebih rendah berbanding di kedai-kedai biasa.

“Saya percaya rakyat akan mendapat kepuasan melalui pembukaan kedai 1Malaysia,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan dan melawat KR1M yang kedua di Lembah Klang yang terletak di Bandar Tun Razak, di sini, hari Ahad.

Beliau berkata KR1M yang ketiga yang terletak di Pantai Dalam dijangka dibuka minggu depan selepas kedai pertama mula beroperasi di Kelana Jaya sejak Jun lepas.

Najib berkata kerajaan juga bercadang untuk memuatkan barangan runcit KR1M di kedai-kedai program TUKAR (Transformasi Kedai Runcit).

Kerajaan telah mensasarkan untuk membuka 500 kedai TUKAR menjelang akhir tahun ini. Setakat ini, terdapat 220 kedai TUKAR di seluruh negara.

KR1M diuruskan oleh Mydin Mohamed Holding Berhad. Terdapat hampir 250 jenis barangan runcit dan keperluan harian jenama 1Malaysia dijual di KR1M.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

https://youtube.com/watch?v=_PFkwslteWk

UTAMABERITARangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia Akan Diperluas Bagi Memanfaatkan Rakyat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium