Penyeludup tak hirau keselamatan – Sorok mercun, bunga api seludup dalam enjin kereta - pakdin.my

Komander UPP Kedah Mohd Jasri Othman (kanan) bersama Komander UPP Bukit Kayu Hitam, Muhammad Zunaidi Abdullah (dua kanan) memeriksa sejumlah mercun dan bunga api yang diletakkan pada bahagian enjin kereta Waja dalam satu Operasi Khas awal pagi tadi pada sidang media di Pejabat UPP Bukit Kayu Hitam, Isnin. Taktik terbaru penyeludup mercun dan bunga api mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain jika berlaku mercun itu terbakar akibat terlalu panas.

Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah berjaya mematahkan cubaan menyeludup mercun dan bunga api apabila taktik menyimpan mercun pada bahagian enjin kenderaan dikesan dalam satu operasi awal pagi Isnin.

Komander UPP Kedah Mohd Jasri Othman berkata dalam Operasi Khas di Kilometer 1.3 Lebuhraya Bukit Kayu Hitam-Changlun, sebuah kereta jenis Proton Waja ditahan ketika melepasi pintu sempadan pada pukul 6.15 pagi.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sejumlah mercun dan bunga api diletakkan pada bahagian enjin kenderaan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Kira-kira 19 minit selepas itu UPP berjaya menahan sebuah lagi kenderaan jenis Toyota Wish di tempat sama yang turut membawa sejumlah mercun dan bunga api yang diseludup masuk dari negara jiran.

“Jumlah keseluruhan rampasan mercun dan bunga api awal pagi tadi bernilai RM209 dan cukai terlibat RM32.80 dan kita juga telah menahan dua pemandu kenderaan terbabit bagi membatu siasatan,” katanya kepada pemberita di pejabat UPP Bukit Kayu Hitam di sini.

Mohd Jasri berkata dalam operasi bermula pukul 9 pagi hingga 11 malam Ahad, pihaknya menahan tiga buah kenderaan iaitu dua pikap Thailand dan sebuah lagi kenderaan jenis Wira di tempat sama, masing-masing meletakkan mercun dan bunga api di tempat simpan barang.

Beliau berkata, jumlah rampasan mercun dan bunga api itu bernilai RM467 dan cukai terlibat lebih RM200. “Seorang lelaki Thailand dan seorang lelaki tempatan serta seorang wanita Thailand yang menaiki kenderaan berasingan, turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya. Dalam perkembangan lain, sebuah pikap Thailand terbakar pada bahagian enjin dan tempat duduk hadapan di kilometer 7.7 Lebuhraya Utara-Selatan menuju ke Alor Setar pada pukul 12.10 tengah hari Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Kayu Hitam Ahmad Zamri Chik berkata kejadian itu berlaku ketika pikap tersebut membawa sejumlah mercun dan bunga api yang diletakkan pada bahagian enjin kenderaanya.

Beliau berkata, bunga api dan mercun itu tiba-tiba terbakar disebabkan terlalu panas akibat bahang dari enjin.Bomba yang bergegas ke tempat kejadian mengambil masa empat minit untuk memadamkan kebakaran itu dari terus merebak ke kenderaan lain.

Pemandu kenderaan itu melarikan diri sejurus kejadian tersebut berlaku

UTAMABERITAPenyeludup tak hirau keselamatan - Sorok mercun, bunga api seludup dalam enjin...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium